link : Gadis Histeria Selepas Tonton Annabelle: Creation
Gadis Histeria Selepas Tonton Annabelle: Creation
MENGEJUTKAN…gara-gara menonton filem seram, seorang gadis terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami histeria.
Gadis berusia 20 tahun itu telah menonton filem Annabelle: Creation di pawagam Teresina, Brazil.
Selepas menontonnya, gadis itu terbaring di atas lantai sambil menjerit dan batuk tanpa boleh dikawal.
Rakan-rakannya cuba menenangkan gadis itu biarpun mereka juga panik apatah lagi selepas gadis tersebut menumbuk mukanya sendiri.
Sementara orang lain yang berada di situ menjadi takut ketika mereka cuba mengawal dan menenangkannya.
Pasukan kecemasan yang dipanggil, terpaksa memaksanya duduk di atas kerusi roda bagi memindahkannya keluar dari pawagam yang terletak di dalam pusat beli-belah itu.
Annabelle: Creation merupakan filem seram baru dan ia dibintangi oleh pelakon filem Lord of the Rings iaitu Miranda Otto dan Anthony LaPaglia.
Ia merupakan filem sekuel Annabelle yang diterbitkan pada 2014. – MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel Gadis Histeria Selepas Tonton Annabelle: Creation
Sekianlah artikel Gadis Histeria Selepas Tonton Annabelle: Creation kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gadis Histeria Selepas Tonton Annabelle: Creation dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/gadis-histeria-selepas-tonton-annabelle.html