Polis Siasat Gambar Budak Diikat Pada Kerusi

Polis Siasat Gambar Budak Diikat Pada Kerusi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Siasat Gambar Budak Diikat Pada Kerusi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Siasat Gambar Budak Diikat Pada Kerusi
link : Polis Siasat Gambar Budak Diikat Pada Kerusi

Baca juga


Polis Siasat Gambar Budak Diikat Pada Kerusi


LORISSANT (Amerika Syarikat) – Satu pasangan suami isteri membuat laporan polis selepas anak perempuan mereka diikat pada kerusi dengan pita pelekat ketika berada di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

Elysha Brooks dan suaminya, Christian Evans berkata, mereka dihubungi pihak berkuasa yang kemudian menunjukkan gambar anak mereka yang berusia empat tahun diikat pada kerusi.

Pasangan itu percaya, gambar yang diberi Jabatan Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak itu dirakam di pusat jagaan tempat kanak-kanak itu dijaga setiap hari.

Bagaimanapun, pusat jagaan berkenaan enggan memberi penjelasan mengenai gambar itu.

“Apabila saya melihat gambar anak saya diikat pada kerusi dan ekspresi wajahnya, sukar saya bayangkan perasaannya ketika itu,” kata Elysha.

Evans memberitahu, dia mahu pusat jagaan itu dikenakan tindakan tegas kerana apa yang berlaku pada anaknya tidak boleh dimaafkan.

“Saya tidak gembira sehingga pusat jagaan berkenaan ditutup dan sesiapa yang melakukan perkara itu kepada anak saya mesti dihukum penjara,” tegasnya.

Ujarnya, itu bukan kejadian pertama yang menimpa anaknya di pusat jagaan berkenaan.

“Beberapa bulan lalu anak saya terpaksa mendapat rawatan di hospital apabila batu kecil ditemui di dalam telinganya,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis Siasat Gambar Budak Diikat Pada Kerusi

Sekianlah artikel Polis Siasat Gambar Budak Diikat Pada Kerusi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Siasat Gambar Budak Diikat Pada Kerusi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/polis-siasat-gambar-budak-diikat-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :