link : Lebih 230 ribu pengguna bertukar kepada kad Touch n' Go MyRapid
Lebih 230 ribu pengguna bertukar kepada kad Touch n' Go MyRapid
Daripada jumlah itu, lebih daripada 60,000 adalah kad konsesi untuk warga emas, pelajar dan orang kurang upaya (OKU), kata Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini.
Kira-kira 20,000 kad konsesi MyRapid baru turut dikeluarkan sepanjang kempen penukaran itu yang bermula pada 15 Julai untuk memudahkan perjalanan lancar dalam semua rangkaian perjalanan Rapid KL - bas, LRT, MRT dan Monorel.Dengan berakhirnya kempen itu, Prasarana berkata kaunter pertukaran kad konsesi sementara di stesen LRT Subang Jaya dan Awan Besar telah ditutup pada jam 7 malam semalam.
"Kaunter penukaran kad konsesi di stesen LRT Sri Rampai, bagaimanapun, akan terus beroperasi hingga 15 Ogos, antara pukul 9 pagi hingga 5 petang dari hari Isnin hingga Sabtu kecuali pada hari cuti umum, untuk mereka yang belum menukar.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Kad TnG MyRapid akan terus meningkatkan kemudahan perjalanan mereka, memberikan lebih penjimatan dan mengurangkan masa perjalanan,” menurut kenyataan itu lagi.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Lebih 230 ribu pengguna bertukar kepada kad Touch n' Go MyRapid
Anda sekarang membaca artikel Lebih 230 ribu pengguna bertukar kepada kad Touch n' Go MyRapid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/lebih-230-ribu-pengguna-bertukar-kepada.html