Serina dan Gavin Bercerai Talak Satu

Serina dan Gavin Bercerai Talak Satu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Serina dan Gavin Bercerai Talak Satu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Serina dan Gavin Bercerai Talak Satu
link : Serina dan Gavin Bercerai Talak Satu

Baca juga


Serina dan Gavin Bercerai Talak Satu

Serina dan Gavin Bercerai Talak Satu

Buat masa sekarang, berkongsi penjagaan anak. (Pic: Instagram @serinaredzuawan)

Rumah tangga yang dibina Serina Redzuawan dan Salahuddin Ghaffar @ Gavin Edward O'Luanaigh yang dibina sejak 1 Januari 2010 akhirnya berkecai juga hari ini. Ia tak mampu dipertahankan lagi.

Anak kepada chef terkenal, Chef Wan itu sah bercerai talak satu dengan suaminya, di Mahkamah Rendah Daerah Petaling.

Lafaz cerai dilakukan Gavin yang juga seorang ahli korporat, Salahuddin Ghaffar @ Gavin Edward O'Luanaigh di hadapan Hakim Syarie Nurul Hidayah Jani kira kira jam 10.49 pagi.

Serina, 34, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong.

Terdahulu, Salahuddin, 40, selaku defendan bersetuju menceraikan Serina dan turut menarik semula permohonan nusyuz yang difailkan.

Menerusi perkahwinan yang dibina, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 7, serta Isabella Saffiya, 5.

Bersama cahaya mata, Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Chef Wan menerusi Instagramnya turut meluahkan sesuatu yang terbuku.

“Alhamdulillah pagi ini Serina dapat tuntut cerai daripada Gavin di mahkamah.

“Mahkamah memutuskan dengan soal nafkah yang diingini berpihak kepadanya.

“Seterusnya nanti pula soal penjagaan anak dan segala tuntutan nafkah serta mata pencarian pula. Saya harap dan mahu pastikan keadilan akan diberikan kepada anak saya.

Chef Wan juga menerusi catatannya di laman bergambar popular itu berharap Serina akan terus kuat meneruskan kehidupan mendatang dengan memberi simbolik wanita bergelar isteri harus berada pada darjat yang tinggi.

“It's time to move on and close another chapter of our life’.

“Wanita sebagai isteri kita patut dilayan dengan baik dan dihormati seperti mana kita melayan ibu sendiri

Afterall they are mother of our own children,” tulisnya.

Terdahulu sebelum berlakunya perceraian, Serina meluahkan rasa terkilan dengan beberapa pihak yang menuduh beliau seperti mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu ekoran pemberian hak jagaan sementara anak-anak kepada bekas suaminya.

Menurut Serina, dia mempunyai alasan konkrit membuat keputusan berkenaan dan masing-masing bersepakat menjaga dua cahaya mata mereka dengan cara tersendiri.

"Terlebih dulu saya nak maklumkan, saya dan Gavin tidak bergaduh, apatah lagi mahu berebut anak. Kami bersepakat untuk menjaga anak-anak bersama.

"Memandangkan siang hari dia bekerja mengikut waktu pejabat, maka saya akan menguruskan anak-anak, termasuklah hal sekolah, mengaji dan sebagainya.

"Pada sebelah malam pula, Gavin yang akan uruskan mereka. Dia minta anak-anak bermalam di rumah asal kami kerana bilik mereka baru saja diubah suai. Salah ke?

"Bukannya saya nak lepas tangan tinggalkan anak-anak begitu saja. Masya-Allah, fitnah cukup besar disebarkan. Jawablah di akhirat nanti. Saya masih rasional dan tahu tanggungjawab menjaga mereka," tegasnya.

Serina turut menegaskan Gavin belum mendapat hak jagaan sepenuhnya dan mereka perlu berhati-hati dalam menjaga emosi anak-anak buat masa ini.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Serina dan Gavin Bercerai Talak Satu

Sekianlah artikel Serina dan Gavin Bercerai Talak Satu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Serina dan Gavin Bercerai Talak Satu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/serina-dan-gavin-bercerai-talak-satu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :