PAS Kedah tak tergugat dengan hasrat Kit Siang

PAS Kedah tak tergugat dengan hasrat Kit Siang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Kedah tak tergugat dengan hasrat Kit Siang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Kedah tak tergugat dengan hasrat Kit Siang
link : PAS Kedah tak tergugat dengan hasrat Kit Siang

Baca juga


PAS Kedah tak tergugat dengan hasrat Kit Siang

PAS tidak tercabar dengan ‘tahap keyakinan tinggi’ Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa mampu menawan Kedah, sebaliknya parti Islam itu sudah membuat persiapan sebaiknya bagi menghadapi Pilihan Raya Umun (PRU) akan datang.

Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, semua parti politik boleh bertanding di mana-mana kerusi mengikut sistem amalan demokrasi negara ini.

“Umumnya, PH boleh bertanding dimana-mana sahaja kerusi dalam negeri Kedah.

“Kami tidak tergugat dengan hasrat PH itu, malah sedia berhadapan dengan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam PRU akan datang,” katanya kepada BNBBC.my portal, Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang melaungkan keyakinan bahawa DAP mampu membantu Pakatan Harapan menawan semula Kedah jika parti bertanding serta menang di kerusi  DUN Kulim dan Gurun dalam PRU.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga meramalkan bahawa Harapan mampu mengambil alih Kerajaan Persekutuan daripada BN jika berjaya menambah 10 peratus sokongan pengundi Melayu dan lima peratus melibatkan kaum Cina dan India dalam PRU-14.

Pada PRU-12, Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP, bagaimanapun pada PRU-13, negeri jelapang padi itu ditawan semula oleh Barisan Nasional.


Demikianlah Artikel PAS Kedah tak tergugat dengan hasrat Kit Siang

Sekianlah artikel PAS Kedah tak tergugat dengan hasrat Kit Siang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Kedah tak tergugat dengan hasrat Kit Siang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/pas-kedah-tak-tergugat-dengan-hasrat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :