Patuhi SOP penyelenggaraan lif, eskalator - Samsudin

Patuhi SOP penyelenggaraan lif, eskalator - Samsudin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Patuhi SOP penyelenggaraan lif, eskalator - Samsudin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Patuhi SOP penyelenggaraan lif, eskalator - Samsudin
link : Patuhi SOP penyelenggaraan lif, eskalator - Samsudin

Baca juga


Patuhi SOP penyelenggaraan lif, eskalator - Samsudin

IPOH: Pemilik bangunan di Perak, termasuk pusat membeli belah, mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam penyelenggaraan lif dan eskalator bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, garis panduan keselamatan bagi penggunaan lif dan eskalator jelas menggariskan langkah-langkah yang perlu mereka ambil

Antara garis panduan itu ialah lif dan eskalator perlu diservis setiap bulan, diselenggara setiap tiga bulan dan pemeriksaan bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) setiap 15 bulan.

Menurutnya, walaupun kes terperangkap di dalam lif di negeri ini hanya dua iaitu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan Pasaraya Mydin di Meru, tetapi ia tidak boleh dipandang ringan.

“Walaupun ia kes terpencil, tetapi kalau ianya tidak diambil pro-aktif dan tindakan-tindakan dari semasa ke semasa, ia boleh juga menyebabkan isu yang besar, apatah lagi berkemungkinan ada yang maut dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui selepas melakukan pemeriksaan di lif di sebuah Pasaraya Mydin Meru, bersama-sama pihak JKKP dan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat pada Isnin.

Lawatan itu adalah susulan daripada dua kes pelanggan terperangkap di dalam lif pusat membeli belah berkenaan, termasuk sepasang warga emas yang terperangkap lebih 24 jam pada 26 Jun lalu.

Kes kedua pada Jumaat lalu yang menyebabkan 10 pelanggan terperangkap kira-kira 15 minit yang disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik.

Samsudin berkata, kerajaan negeri berpuas hati dengan komitmen pasaraya berkenaan untuk  menyediakan kakitangan statik yang menjaga lif di samping pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam lif serta kemudahan intercom.

Sementara itu, Pengarah JKKP Perak, Ir Mohd Hatta Zakaria memberitahu, sehingga Jun lalu, sebanyak 600 daripada 1,800 lif di seluruh negeri telah diperiksa oleh pihaknya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Patuhi SOP penyelenggaraan lif, eskalator - Samsudin

Sekianlah artikel Patuhi SOP penyelenggaraan lif, eskalator - Samsudin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Patuhi SOP penyelenggaraan lif, eskalator - Samsudin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/patuhi-sop-penyelenggaraan-lif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :