RCI forex: Bank Negara rugi RM31.5 billion…akaun diolah untuk tutup kerugian

RCI forex: Bank Negara rugi RM31.5 billion…akaun diolah untuk tutup kerugian - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RCI forex: Bank Negara rugi RM31.5 billion…akaun diolah untuk tutup kerugian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RCI forex: Bank Negara rugi RM31.5 billion…akaun diolah untuk tutup kerugian
link : RCI forex: Bank Negara rugi RM31.5 billion…akaun diolah untuk tutup kerugian

Baca juga


RCI forex: Bank Negara rugi RM31.5 billion…akaun diolah untuk tutup kerugian

Panas…panas… sudah terasa semasa prosiding hari pertama Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kegiatan perdagangan mata wang asing (forex) yang berlansung di Istana Kehakiman di Putrajaya Isnin.

Tiga orang bekas pegawai BNM termasuk bekas Penolong Gabenor Datuk Abdul Murad Khalid ( GAMBAR ATAS) telah beri keterangan yang antara lain mendakwa kerugian sebenar forex telah disembunyikan dan ada berlaku penipuan serta penyelewengan.

Pengerusi RCI Tan Sri Sidek Hassan dalam rumusan beliau diakhir prosiding hari ini berkata BNM telah alami kerugian sebanyak RM31.5 billion dalam dagangan forex antara 1992 hingga 1994.

Namun katanya kerugian berkenaan telah diolah perakaunan untuk menutup jumlah sebenar kerugian.

Menurutnya kerugian berkenaan tidak dapat dilihat secara ketara dalam Laporan Tahun BNM kerana dimasukkan dalam akaun rizab serta akaun-akaun lain.

“Kita kena siasat siapa yang arahkan kerugian disembunyikan,”katanya.

Sebelum itu,Sidek telah menolak permohonan peguam BNM agar prosiding RCI dijalankan secara tertutup.

Ini atas alasan beberapa dokumen adalah dibawah Akta rahsia rasmi (OSA).

Kata Sidek prosiding RCI itu adalah satu inkuiri bukannya satu perbicaraan.

“Tiada siapa sedang dibicarakan.Kami telah diberi tugas oleh Yang Dipertuan Agong ,”katanya.

Dua lagi bekas pegawai BNM yang beri keterangan ialah bekas penolong pengurus ,Datuk Abdul Aziz Abdul Manap dan bekas auditor dalaman Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.

Abdul Murad dalam keterangan beliau juga memberitahu pada tahun 1994  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Menteri Kewangan telah memintanya menyertai penerbangan ke Hawaii untuk beri taklimat kepadanya berkaitan kerugian BNM dalam forex.

Ini selepas Gabenor Bank Negara waktu itu Tan Sri Jaffar Hussein memintanya beri taklimat kepada Anwar hal berkenaan.

Beliau mendakwa selepas beri taklimat Anwar berkata jika jumlah kerugian forec itu terdedah kepada umum beliau mungkin terpaksa letak jawatan.

Oleh itu,beliau diminta merahsiakannya.

Ditanya apa tindakan susulan Menteri Kewangan selepas dimaklumkan perkara itu, Abdul Murad berkata, tiada siasatan mahupun laporan dibuat berhubung kerugian berkenaan.

Sidek terkejut dan hairan bagaimana kerugian besar itu tidak diambil tindakan mahupun dicatatkan dalam laporan BNM.

“Anda pergi ke Hawaii untuk menjelaskan kerugian itu, tetapi tiada siasatan dan tindakan susulan, disebabkan itu benda ini tidak boleh disorok di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA),” katanya.

Abdul Murad juga dakwa beliau sudah beritahu mengenai kerugian forex kepada Jaaffar dua tahun sebelum itu.

Katanya Jaffar memarahinya dan tidak percaya selepas dimaklumkan dengan kerugian AS$170 juta ketika itu yang ditanggung BNM.

“Saksi yang turut hadir semasa saya memberitahu perkara ini kepada Jaffar adalah Datuk Awang Adek Hussin dan Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz serta Puan Sri Rohila, iaitu isteri Jaffar,” katanya.

Dakwa Abdul Murad BNM tidak mempunyai dasar untuk tabir urusniaga forex dan tidak ada peraturan untuk kawalselia urusan berkenaan bagi mengelak penyelewengan.

Abdul Aziz pula dalam keterangannya  memberitahu suruhanjaya itu bahawa kerugian itu berjumlah RM31.5 bilion antara tahun 1992 hingga 1994.

Prosiding selanjutnya akan diadakan Khamis ini.


Demikianlah Artikel RCI forex: Bank Negara rugi RM31.5 billion…akaun diolah untuk tutup kerugian

Sekianlah artikel RCI forex: Bank Negara rugi RM31.5 billion…akaun diolah untuk tutup kerugian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RCI forex: Bank Negara rugi RM31.5 billion…akaun diolah untuk tutup kerugian dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/rci-forex-bank-negara-rugi-rm315.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :