SPRM serbu pejabat Unisel,MBI siasat kes bayaran kontrak meragukan

SPRM serbu pejabat Unisel,MBI siasat kes bayaran kontrak meragukan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM serbu pejabat Unisel,MBI siasat kes bayaran kontrak meragukan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM serbu pejabat Unisel,MBI siasat kes bayaran kontrak meragukan
link : SPRM serbu pejabat Unisel,MBI siasat kes bayaran kontrak meragukan

Baca juga


SPRM serbu pejabat Unisel,MBI siasat kes bayaran kontrak meragukan

Perhatian kini bertumpu untuk dengar apa cerita siasatan SPRM kes bayaran kontrak yang didakwa meragukan di Selangor melibatkan Universiti Selangor (Unisel),Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Ini ekoran serbuan para pegawai SPRM melibatkan premis milik tiga pihak berkenaan di  lima lokasi berbeza iaitu di Kampung Pandan, Shah Alam dan Bestari Jaya itu bermula pukul 10 pagi Selasa.

Unisel ialah universiti milik kerajaan negeri Selangor manakala MBI ialah agensi milik kerajaan negeri itu.

Pegawai SPRM dilihat memasuki kampus induk Unisel di Seksyen 7 Shah Alam sebelum serbuan dibuat pula ke atas MBI di Bangunan Darul Ehsan pada pukul 10.45 pagi.

SPRM dikatakan bertindak atas laporan berhubung pertikaian kontrak antara Unisel dan Jana Niaga, yang membabitkan pembayaran RM16 juta kepada kontraktor yang ditamatkan perkhidmatannya.

Pergerakan Pemuda UMNO Kelana Jaya baru-baru ini membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat mengenai bayaran berkenaan.

Pihak MBI menafikan dakwaan itu dan berkata bayaran berkenaan dibuat kepada Jana Niaga mengikut keputusan timbang tara mahkamah.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan,bekas aktivis PKR Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard Selasa menyerahkan beberapa dokumen di pejabat SPRM Selangor  bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes itu.

Katanya dokumen-dokumen berkenaan merangkumi perjanjian Unisel dan kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd, surat menyurat antara kedua-dua pihak, invois bayaran dan dokumen perundangan.

Beliau enggan dedahkan kandongannya dan memberitahu ia diperolehi  sejak beberapa bulan lalu dari pihak tertentu.


Demikianlah Artikel SPRM serbu pejabat Unisel,MBI siasat kes bayaran kontrak meragukan

Sekianlah artikel SPRM serbu pejabat Unisel,MBI siasat kes bayaran kontrak meragukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM serbu pejabat Unisel,MBI siasat kes bayaran kontrak meragukan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/sprm-serbu-pejabat-uniselmbi-siasat-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :