Surau Sekolah Jadi Lokasi Bersalin Pelajar Tingkatan 3

Surau Sekolah Jadi Lokasi Bersalin Pelajar Tingkatan 3 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Surau Sekolah Jadi Lokasi Bersalin Pelajar Tingkatan 3, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Surau Sekolah Jadi Lokasi Bersalin Pelajar Tingkatan 3
link : Surau Sekolah Jadi Lokasi Bersalin Pelajar Tingkatan 3

Baca juga


Surau Sekolah Jadi Lokasi Bersalin Pelajar Tingkatan 3


JIKA pelajar lain yang berusia 15 tahun sedang sibuk mempersiapkan diri bagi peperiksaan PT3, namun gadis ini pula sedang bermati-matian melahirkan anaknya di dalam surau sekolah.

Berita tergempar ini berlaku di sebuah sekolah dekat Jempol, Negeri Sembilan pada pukul 10:30 pagi kelmarin.

Seorang pelajar perempuan telah ditemui oleh pihak sekolah ketika dia sedang pengsan bersama seorang bayi di atas dadanya.

Pihak sekolah telah menghubungi pihak Hospital Jempol dan dia telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah bagi pemeriksaan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan mengatakan bahawa setelah disiasat, seorang pelajar tingkatan empat yang merupakan pelajar sekolah terbabit telah ditahan bagi siasatan lanjut.

“Pelajar itu bagaimanapun selamat namun keadaan cemas apabila uri bayi tersebut masih berada di dalam rahimnya,” katanya ketika ditemui oleh pihak Sinar Harian.

Kes ini bagaimanapun akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di atas tuduhan merogol dan pelajar perempuan terbabit dilaporan berada dalam keadaan stabil.

“Kita (polis) berharap agar orang ramai tidak buat sebarang spekulasi mengenainya susulan kes masih dalam siasatan polis selain tidak menularkan sebarang maklumat berkaitan,” tambah Azham lagi.

Diharapkan tiada mana-mana pihak yang membuat andaian mengenai kes ini selagi ianya masih lagi di dalam siasatan pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Surau Sekolah Jadi Lokasi Bersalin Pelajar Tingkatan 3

Sekianlah artikel Surau Sekolah Jadi Lokasi Bersalin Pelajar Tingkatan 3 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Surau Sekolah Jadi Lokasi Bersalin Pelajar Tingkatan 3 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/surau-sekolah-jadi-lokasi-bersalin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :