Drama ‘main belakang’ dalam isu nak mengurat kerjasama PAS…

Drama ‘main belakang’ dalam isu nak mengurat kerjasama PAS… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Drama ‘main belakang’ dalam isu nak mengurat kerjasama PAS…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Drama ‘main belakang’ dalam isu nak mengurat kerjasama PAS…
link : Drama ‘main belakang’ dalam isu nak mengurat kerjasama PAS…

Baca juga


Drama ‘main belakang’ dalam isu nak mengurat kerjasama PAS…

Kalau tidor sebantal mimpi lain-lain inilah jadinya.PKR tidak boleh marah jika ada yang dakwa parti itu sudah ‘main belakang’ rakan Pakatan Harapan yang lain yakni DAP-PAN-PPBM dalam isu cuba mengurat kerjasama politik dengan PAS.

Bukan setakat itu malah orang PKR sendiri boleh dakwa mereka juga kena main belakang.

Setelah melalui drama ‘hu ha’ hingga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bertegang urat secara terbuka dan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan terpaksa buat pendirian rasmi mengenainya…akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘ muncul dari penjara’ pada Sabtu untuk buka cerita.

Ketua Umum PKR itu yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun meliwat Saiful Bukhari Azlan mengakui beliau yang beri restu kepada Azmin untuk terus jalankan usaha berunding dengan PAS bagi mengelak pertandingan tiga penjuru semasa pilihanraya umum ke 14 nanti.

Pengakuan itu muncul ketika senario cacamarba menyelubungi hubungan dalaman Pakatan Harapan dan hubungan dalaman PKR sendiri kerana tindak tanduk Azmin yang sebelum ini berkeras hendak teruskan usahanya.

Dari penjelasan itu tidak hairanlah mengapa Azmin begitu berani mengatur gerak langkahnya.

Apa yang nampak jelas di sini usahanya dengan restu Anwar itu kemungkinan besar tidak diketahui oleh kebanyakan pimpinan PKR sendiri apa lagi di kalangan Pakatan Harapan.

Jika tidak mana mungkin timbul kontroversi hangat hingga Rafizi yang pegang jawatan Naib Presiden PKR seperti tidak tahu hal ini.

Ini bila beliau secara terbuka mengakui wujud dua kumpulan dalam parti itu berhubung isu berunding untuk kerjasama dengan PAS ekoran kontroversi mengenai langkah Azmin.

Malah beliau mencadangkan parti itu adakan kongres khas agar satu pendirian rasmi parti dapat diputuskan di situ mengenai hal berkenaan.

Andaian ramai kalangan pimpinan PKR sendiri dalam kegelapan mengenai adanya restu Anwar itu juga dapat dibuat dari tindakan Ahli Parlimen Selayang, Willaim Leong yang letak jawatan dari Biro Politik PKR.

Tidak mungkin beliau berani lawan tauke dan buat pengumuman terbuka letak jawatan kerana tidak setuju dengan sebarang usaha untuk berkerjasama dengan PAS.

Juga tentu agak pelik Majlis Pimpinan Pakatan Harapan melanggar ‘ hajat’ Anwar selaku Ketua Umum pakatan itu jika mereka sedia maklum mengenai restunya pada inisiatif Azmin.

Dari sudut politik keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan menetapkan tiada kerjasama politik dengan PAS dan sedia berdepan pertandingan tiga penjuru adalah satu tamparan hebat kepada Anwar.

Apa lagi mesyuarat yang buat keputusan berkenaan dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan.

Soalnya apakah Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail selaku Presiden Pakatan Harapan tidak menjelaskan kepada mesyuarat itu mengenai hajat suaminya.

Melihat dari cara Anwar terpaksa beri penjelasan dari penjara mengenai hal itu kemungkinan besar ia tidak berlaku.

Lagipun melihat dari karektor Wan Azizah bagaimana beliau hendak berdepan dengan Lim Guan Eng dari DAP,Mat Sabu dari PAN dan begitu juga Dr Mahathir dari PPBM dalam hal itu.

Semua orang tahu dalam mana-mana gabungan parti politik seperti Pakatan Harapan dan begitu juga Barisan Nasional keputusan mesti dibuat secara konsensus maknanya semua kena setuju baru boleh.

Berdasarkan pendirian DAP,PAN dan juga PPBM siapa saja dapat menduga usaha untuk mewujudkan kerjasama dengan PAS tidak akan lepas.

Kini sudah berlegar cakap-cakap usaha Anwar yang kendalikan oleh Azmin telah menguatkan lagi spekulasi mengenai tahap keraguan keyakinan PKR terhadap kemampuan Pakatan Harapan sendiri.

Ia juga dikatakan mengambarkan betapa Anwar-Azmin sudah tahap desperado untuk memastikan survival mereka dalam menghadapi PRU 14.

Sekarang ini jika cakap tidak percaya Pakatan Harapan ia ibarat seperti kata tidak percaya Dr Mahathir kerana beliau dilihat selalu ke depan kebelakangan ini.

Fikir dari segenap sudut dimana lojiknya dalam satu pakatan ada parti yang boleh dian-diam ‘main sendiri’ cuba jalin kerjasama dengan parti lain tidak boleh diterima oleh rakan-rakan parti lain.

Anwar dikatakan sangat impikan pembebasan dari penjara dan jawatan Perdana Menteri dari kemenangan PRU14.

Azmin pula dikatakan melihat kerjasama dengan PAS sebagai batu loncatan untuknya kekal berkuasa di Selangor selain berkongsi impian bosnya.

Anwar-Azmin mungkin fikir mereka boleh terus gunapakai sistem kerajaan ‘ keluarga 69’ dengan PAS seperti di Selangor sekarang dalam konteks nasional.

Seperti kata Anwar dalam penjelasannya usaha yang diterajui Azmin itu bukan setakat untuk Selangor tetapi juga nasional.

Namun keadaan sudah berubah dan Muktamar PAS sendiri secara rasmi sudah buat keputusan putus hubungan dengan PKR.

Bukan setakat itu pimpinan PAS sudah berulang kali kata mereka tidak akan berunding dengan PKR.

Maka PKR kini ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Di pihak PAS pula dimana mereka hendak letak muka jika membelakangkan keputusan yang dibuat dalam muktamar parti sendiri.

Dalam pada itu ada yang kata bibit-bibit kuasa yang tidak jelas dalam pimpinan Pakatan Harapan semakin terserlah dengan isu terbaru ini.

Memang rumit sebuah pakatan yang ada tiga kepala diatas yakni Ketua Umum,Pengerusi dan Presiden.

Ini baru isu dalaman parti dan belum lagi bab kuasa yang lebih besar jika memerintah sebuah negara.

Bayangkan situasi sebuah kerajaan jika ada yang syok sendiri main belakang rakan parti lain kerana ada agenda sendiri.


Demikianlah Artikel Drama ‘main belakang’ dalam isu nak mengurat kerjasama PAS…

Sekianlah artikel Drama ‘main belakang’ dalam isu nak mengurat kerjasama PAS… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Drama ‘main belakang’ dalam isu nak mengurat kerjasama PAS… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/drama-main-belakang-dalam-isu-nak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :