Jangan risau, PPBM cuma parti orang kecewa – MP Pulai

Jangan risau, PPBM cuma parti orang kecewa – MP Pulai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan risau, PPBM cuma parti orang kecewa – MP Pulai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan risau, PPBM cuma parti orang kecewa – MP Pulai
link : Jangan risau, PPBM cuma parti orang kecewa – MP Pulai

Baca juga


Jangan risau, PPBM cuma parti orang kecewa – MP Pulai

 Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor tidak perlu gusar untuk berhadapan parti ‘setahun jagung’, PPBM pada PRU ke-14 akan datang.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menegaskan parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu disokong oleh segelintir pihak yang tidak mendapat tempat dalam parti keramat.

“PPBM dikenali parti orang kecewa. Jadi mereka disokong oleh ahli dan bekas UMNO yang kecewa, yang tiada tempat dalam parti dan yang ingin memenuhi politik peribadi semata-mata.

“Jadi saya menolak dakwaan kononnya parti itu mendapat sambutan luar biasa di Johor. Itu hanyalah retorik politik untuk mengaburi mata rakyat negeri ini.

“Biasalah bila PRU dah dekat, macam-macam kenyataan keluar untuk menggambarkan parti mereka tu kuat, berpengaruh kononnya, sedangkan tidak pun,” katanya kepada BNBBC.my portal, Rabu.

Bagaimanapun Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai mengingatkan supaya ahli parti tidak hilang fokus dalam memperkukuhkan persiapan jentera parti menghadapi PRU ke-14.

“Jangan terlalu sibuk hal dan permasalahan parti lawan.

“Pada masa sama, kita yakin untuk bertemu sama ada dua penjuru atau lebih pada PRU nanti. Kita akan gempur seluruh DUN dan Parlimen di Johor,” kata anak bekas Menteri Penerangan itu.

Semalam, seorang penganalisis politik dikatakan condong kepada pembangkang, Dr Maszlee Saleh mendakwa PPBM mendapat sambutan luar biasa di Selatan tanah air yang juga tempat kelahiran UMNO.

Analisis Mazlee juga menyebut bahawa PPBM akan meraih sokongan pengundi Melayu dan akan memenangi banyak kerusi DUN di Johor.

Bagaimanapun Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri menyifatkan pandnagan itu adalah dangkal kerana PPBM masih bergelut dalam PH mengenai pembahagian kerusi pilihanraya.

“Bagaimana mereka nak menang, mereka sendiri bermasalah, masuk pula dalam pakatan yang bermasalah. Jadi macam mana nak menang kerusi.

“Adakah PPBM dapat banyak kerusi sedangkan mereka masih baru dan tidak mendapat keyakinan dari rakan politik mereka,” jelasnya lagi.

Lantaran itu, Jazlan yakin rakyat Johor masih menyayangi UMNO dan Barisan Nasional serta tidak tergamak memperjudikan nasib mereka di tangan pembangkang.

“Buat apa kita masukkan diri kita ke dalam tong sampah sedangkan kita mampu mengelakkannya.

“Kita tidak mahu masa depan kita kucar kacir seperti mana yang dihadapi oleh PPBM dan PH, belum apa-apa sudah berebut kerusi dan pentingkan diri masing-masing,” tegasnya lagi.


Demikianlah Artikel Jangan risau, PPBM cuma parti orang kecewa – MP Pulai

Sekianlah artikel Jangan risau, PPBM cuma parti orang kecewa – MP Pulai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan risau, PPBM cuma parti orang kecewa – MP Pulai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/jangan-risau-ppbm-cuma-parti-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :