link : KENAPA PERKASA SENYAP DALAM SKANDAL FOREX DAN BEER FESTIVAL?
KENAPA PERKASA SENYAP DALAM SKANDAL FOREX DAN BEER FESTIVAL?
Hairan sungguh, kala negara sedang hangat dengan siasatan berhubung kerugian berbillion ringgit oleh Bank Negara Malaysia, tidak pula kita dengar sebarang kenyataan atau komentar dari pimpinan NGO “paling garang” di Tanah Melayu. Sedang telah beberapa hari berlangsung siasatan suruhanjaya diraja, penulis belum lagi menemui sebarang kenyataan dari PERKASA.
Apa sudah jadi dengan PERKASA? Sebelum ini, PERKASA dilihat sangat cepat untuk memberi tindakbalas, contohnya kenyataan mengkritik pelancaran projek mega ECRL kononnya terlalu “China” serta menyebabkan identiti negara hilang, waima kritikan tersebut hanya berlandaskan “makluman” yang diterima oleh PERKASA.
Kali ini, wang negara hilang akibat dari kerugian yang dialami oleh Bank Negara, dan sumbernya pula sangat sahih, iaitu dari individu-individu yang terlibat. Jika kerisauan yang tidak berdasar seperti identiti negara hilang membawa kepada kritikan kepada pemerintah, kenapa tidak pula mereka kritik kehilangan wang negara yang jelas berlaku seperti dimaklumkan oleh saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan di suruhanjaya siasatan diraja?
Hairan bin ajaib, tetapi itulah yang berlaku di dalam PERKASA hari ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sedang diasak oleh DAP atas keputusannya untuk membatalkan Beer Festival. Suatu ketika dahulu, PERKASA adalah jaguh dalam isu-isu sensitif yang melibatkan umat Islam. Kini, apa yang sudah terjadi? Sehingga artikel ini ditulis, penulis belum menemui kenyataan yang samada menyokong tindakan DBKL itu, atau mengkritik desakan DAP dari PERKASA. Cukup menghairankan, kerana jika anda seorang ahli PERKASA, anda tentu tahu akan “tarbiyah” oleh PERKASA tentang DAP.
Mungkin ini yang dinamakan progresif, mungkin juga ini yang dinamakan pragmatik. PERKASA perlu releven dengan situasi semasa, berdasarkan kiblat politik terkininya, barangkali.
Jika tekaan penulis itu tepat, maka jutaan tahniah kepada Lim Kit Siang, kerana berjaya membuat “checkmate maneuver” sehingga PERKASA tidak lagi menjadi seperti PERKASA yang kita kenali.

Demikianlah Artikel KENAPA PERKASA SENYAP DALAM SKANDAL FOREX DAN BEER FESTIVAL?
Sekianlah artikel KENAPA PERKASA SENYAP DALAM SKANDAL FOREX DAN BEER FESTIVAL? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KENAPA PERKASA SENYAP DALAM SKANDAL FOREX DAN BEER FESTIVAL? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/kenapa-perkasa-senyap-dalam-skandal.html