Lagi asrama pelajar tahfiz terbakar

Lagi asrama pelajar tahfiz terbakar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagi asrama pelajar tahfiz terbakar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi asrama pelajar tahfiz terbakar
link : Lagi asrama pelajar tahfiz terbakar

Baca juga


Lagi asrama pelajar tahfiz terbakar

Sebuah asrama penginapan pelajar perempuan Maahad Tahfiz Yayasan Sofa di Rembau terbakar awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata kebakaran ke atas asrama yang menempatkan 37 pelajar itu berlaku kira-kira 1.50 pagi dan memusnahkan 60 peratus bangunan asrama.

Bagaimanapun kesemua pelajar terselamat kecuali tiga orang yang mengalami asma akibat terhidu asap.

"Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut," kata Norazam.

Beliau berkata punca kebakaran belum dikenal pasti.

Anggota bomba dan penyelamat tiba 10 minit kemudian selepas menerima panggilan kecemasan dan ketika sampai api sedang marak pada separuh bangunan asrama itu.

Bagaimanapun api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian, katanya.

Kebakaran di pusat tahfiz ini berlaku tidak berapa lama selepas kejadian sama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 Sept lalu yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua orang guru.

- Bernama


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lagi asrama pelajar tahfiz terbakar

Sekianlah artikel Lagi asrama pelajar tahfiz terbakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagi asrama pelajar tahfiz terbakar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/lagi-asrama-pelajar-tahfiz-terbakar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :