Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta

Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta
link : Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta

Baca juga


Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta


BUTERWORTH – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang secara melawan arus melanggar sebuah kereta di Kilometer 0.9 susur Jambatan Pulau Pinang arah George Town, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kemalangan pukul 12 tengah hari itu, Ng Kong Cheong, 53, menunggang motosikal secara melawan arus dari George Town menghala Perai melanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dari arah bertentangan.

“Kereta jenis Honda Accord itu tidak sempat mengelak motosikal mangsa dan berlaku pelanggaran menyebabkan penunggang motosikal berkenaan terpelanting, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan mati di tempat kejadian,”katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Polis masih menyiasat punca sebenar lelaki yang berasal dari Taman Chai Leng, di sini dan bekerja sendiri itu menunggang melawan arus.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan teruk kira-kira lima kilometer di laluan berkenaan. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta

Sekianlah artikel Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/penunggang-maut-motosikal-lawan-arus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :