link : Dua Remaja ‘Tular’ Dicekup Polis
Dua Remaja ‘Tular’ Dicekup Polis
MIRI – Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Itu perumpamaan yang sesuai buat dua remaja yang berjaya dicekup polis setelah rakaman CCTV yang mendedahkan aktiviti pecah masuk rumah di sebuah kediaman di sini menjadi tular ke laman sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritanden Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berusia 19 dan 24 tahun diberkas polis di dua rumah berasingan di Tudan Desaras pada jam 3 petang.
Polis turut merampas semula seunit televisyen yang dilarikan suspek daripada kediaman di Taman Desa Senadin yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya seminggu lalu.
Keduanya akan direman esok untuk disoalsiasat dan mereka juga dipercayai terbabit dengan beberapa lagi kejadian pecah rumah di sekitar kawasan Taman Desa Senadin.
Dalam kejadian 20 September lalu, dua suspek terbabit memanjat pagar rumah dan memecah masuk mangsa sebelum membawa lari satu set televisyen 42 inci. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Dua Remaja ‘Tular’ Dicekup Polis
Sekianlah artikel Dua Remaja ‘Tular’ Dicekup Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua Remaja ‘Tular’ Dicekup Polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/dua-remaja-tular-dicekup-polis.html