Polis Cari 2 Lelaki Bantu Siasatan Pukul Hingga Mati

Polis Cari 2 Lelaki Bantu Siasatan Pukul Hingga Mati - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Cari 2 Lelaki Bantu Siasatan Pukul Hingga Mati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Cari 2 Lelaki Bantu Siasatan Pukul Hingga Mati
link : Polis Cari 2 Lelaki Bantu Siasatan Pukul Hingga Mati

Baca juga


Polis Cari 2 Lelaki Bantu Siasatan Pukul Hingga Mati


GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang mati hari ini selepas tiga hari dirawat akibat dipukul di tempat pembuangan sampah di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata mereka ialah Mohd Yusri Mohamed, 38, beralamat di Flat Kampung Melayu dan Mohammad Razman Saini Anuar, 23, dengan alamat terakhir di Jalan Kampung Pisang, Air Itam. Mereka dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu.

“Dalam kejadian 10.10 malam Jumaat, Lim Kok Boon, 33, berasal Bandar Baru di sini dipercayai pergi ke kawasan pembuangan sampah itu dan terserempak dengan dua lelaki terbabit yang dikatakan memukul mangsa kerana menyangka dia polis.

“Ketika itu, dua lelaki terbabit dipercayai sedang membungkus dadah dan mereka terkejut dengan kehadiran mangsa serta terus memukulnya menggunakan topi keledar menyebabkan dia cedera di kepala dan pengsan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang penduduk di situ yang bertindak meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi polis.

Anuar berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan dalam keadaan kritikal sebelum mati kira-kira pukul 10 pagi hari ini. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis Cari 2 Lelaki Bantu Siasatan Pukul Hingga Mati

Sekianlah artikel Polis Cari 2 Lelaki Bantu Siasatan Pukul Hingga Mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Cari 2 Lelaki Bantu Siasatan Pukul Hingga Mati dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/polis-cari-2-lelaki-bantu-siasatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :