link : Projek syarikat Bumiputera tidak lagi berkos tinggi
Projek syarikat Bumiputera tidak lagi berkos tinggi
Syarikat-syarikat Bumiputera tidak harus dikaitkan lagi dengan kelewatan projek dan peningkatan kos kerana telah berjaya membuktikan kemampuan melaksanakan projek berkelas dunia yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Malah, kata Perdana Menteri, ini jelas terbukti menerusi pelaksanaan laluan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang yang sudah beroperasi sejak 16 Dis, 2016.
“Saya mahu melenyapkan persepsi bahawa projek-projek yang diberi kepada syarikat-syarikat Bumiputera akan tertangguh atau menyebabkan peningkatan kos.
“Kita telah buktikan bahawa projek MRT dapat disiapkan lebih awal daripada jadual dan lebih rendah daripada kos yang dianggarkan,” kata Datuk Seri Najib Razak pada majlis Penghargaan Agenda Pemerkasaan Bumiputera G20 di sini, hari ini.
Mengulas kejayaan itu, Perdana Menteri berkata ini diraih hasil pelaksanaan dasar ‘Carve-Out and Compete’ bagi melahirkan syarikat kontraktor milik Bumiputera yang mampu bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa.
Dasar yang merupakan inisiatif di bawah Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, menyediakan peluang kepada syarikat terbabit mendapat kontrak dan menyertai projek-projek mega ditawarkan oleh kerajaan, GLC dan swasta berdasarkan merit, rekod cemerlang serta keupayaan untuk menyiapkan projek.
“Saya amat berpuas hati dan tertarik dengan dengan kejayaan ‘Dasar Carve Out and Compete’ yang tiada sebelum ini,” kata Najib.
Tegas Perdana Menteri, inisiatif itu juga sekali gus berjaya menyanggah persepsi bahawa syarikat Bumiputera adalah tidak kompetitif.
Menurut beliau, menerusi inisiatif sama, peluang penyertaan Bumiputera dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo juga dijangka akan mencecah 60 peratus.
“Saya pastikan agar kontraktor tempatan dari Sabah dan Sarawak sendiri yang akan mendapat peluang di dalam projek ini,” kata beliau.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan inisiatif dan sistem oleh kerajaan itu juga membuktikan bahawa syarikat Bumiputera mampu untuk bersaing dengan kalangan yang terbaik serta berjaya.

Demikianlah Artikel Projek syarikat Bumiputera tidak lagi berkos tinggi
Sekianlah artikel Projek syarikat Bumiputera tidak lagi berkos tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Projek syarikat Bumiputera tidak lagi berkos tinggi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/projek-syarikat-bumiputera-tidak-lagi.html