SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran

SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran
link : SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran

Baca juga


SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran

Imej via Utusan Malaysia
PASIR PUTEH 19 Sept. – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Kota Bharu tampil juara keseluruhan Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) dan Festival Nasyid SJKC peringkat negeri yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2, dekat sini, hari ini.

Sebanyak 15 buah SJKC seluruh negeri ini menghantar penyertaan masing-masing bagi kategori tilawah dan hafazan al-Quran, azan dan iqamat serta bercerita dan bersajak dalam bahasa Mandarin.

SJKC Chung Hwa muncul juara bagi pertandingan bercerita lelaki yang dipersembahkan oleh Nik Ahmad Nik Fawwaz, 11; Azan dan iqamat (Adam Fahmi, 10); tilawah lelaki (Mohd Shamil Hasnan, 11) dan hafazan perempuan oleh Nur Aini Mohamed, 10.

Bagi kategori sajak, pelajar SRJKC Peir Chih, Kota Bharu, Nayli Nur Aisyah Benteng, 10, diumumkan sebagai pemenang; tilawah perempuan dijuarai Hazrien Adrean, 10 dari SJKC Kaichih Pasir Puteh dan hafazan lelaki dimenangi oleh Mohamad Lukman Zurkarnai Chem, 11, dari SJKC Chung Cheng, Kota Bharu.

MTQ kali ketiga ini dirasmikan oleh Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Kelantan, Amran Mamat. Yang hadir sama, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Harun Yusof.

Menurut Amran, penganjuran MTQ peringkat SRJC hanya dilaksanakan oleh JPN Kelantan untuk memberi peluang khusus kepada murid sekolah aliran Cina me­nyerlahkan bakat dan kebolehan masing-masing.

“Penganjuran hari ini dikendalikan dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Mandarin. Murid yang menyertai pertandi­ngan kategori cerita agama dan bersajak memang petah berbahasa Mandarin,” katanya.

Sumber: Utusan Online


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran

Sekianlah artikel SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/sjkc-chung-hwa-juara-majlis-tadarus-al.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :