Tergamak Pukul Anak, Isteri Dengan Tukul Besi

Tergamak Pukul Anak, Isteri Dengan Tukul Besi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tergamak Pukul Anak, Isteri Dengan Tukul Besi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tergamak Pukul Anak, Isteri Dengan Tukul Besi
link : Tergamak Pukul Anak, Isteri Dengan Tukul Besi

Baca juga


Tergamak Pukul Anak, Isteri Dengan Tukul Besi


JAKARTA – Marah kerana dikejutkan dari tidur, seorang lelaki memukul kepala dua anak dan isterinya menggunakan tukul besi sebelum mengamuk sehingga merosakkan harta benda jirannya.

Menurut laporan media dalam talian hari ini, kejadian jam 4 petang semalam di sebuah kawasan perumahan awam di Kampung Kalodran, daerah Walantaka di Kota Serang, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Stanley yang berang dengan anaknya yang mengejutkan beliau, terus mencapai tukul besi dan memukul kepala dua anaknya iaitu Marcel, 8, dan April, 5, sebelum memukul kepala isterinya Diah, yang berusia 35 tahun.

Ketua Rukun Tetangga kawasan perumahan awam itu, Harahap dipetik sebagai berkata, kejadian itu disedari oleh jiran-jirannya apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri lelaki terbabit.

Katanya, setelah beberapa jiran datang ke rumah mangsa, lelaki terbabit kemudiannya keluar rumah dan mengamuk serta memecahkan beberapa kenderaan dan cermin tingkap beberapa rumah menggunakan tukul besi itu.

“Penduduk kampung kemudian keluar beramai-ramai dan menangkap lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis,” katanya.

Lelaki itu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap kini ditahan di balai polis Kota Serang manakala anak dan isterinya dimasukkan ke hospital kerana cedera parah di kepala. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tergamak Pukul Anak, Isteri Dengan Tukul Besi

Sekianlah artikel Tergamak Pukul Anak, Isteri Dengan Tukul Besi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tergamak Pukul Anak, Isteri Dengan Tukul Besi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/tergamak-pukul-anak-isteri-dengan-tukul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :