link : WANITA KURANG SOPAN, UGUT PENGUATKUASA MPSJ AKAN DISIASAT
WANITA KURANG SOPAN, UGUT PENGUATKUASA MPSJ AKAN DISIASAT
Seorang wanita yang didakwa bersikap kurang sopan terhadap seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
Video mengenai kejadian pada Rabu lepas yang tular di media sosial itu menunjukkan wanita berkenaan memarahi anggota MPSJ selepas tayar keretanya dikunci kerana dia disyaki meletakkan kenderaannya di tempat yang tidak dibenarkan di Jalan Puteri, Bandar Puteri Puchong, Puchong.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata selain memarahi anggota berkenaan, wanita itu turut mengeluarkan pengunci stering keretanya yang disyaki untuk mengugut.
“Berdasarkan siasatan polis mendapati anggota MPSJ itu telah melihat pelekat Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ditampalkan pada cermin kereta wanita itu, namun suspek gagal untuk menunjukkan sebarang kad OKU sebagai bukti dia adalah OKU.
“Selepas itu anggota MPSJ berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada polis dan mengeluarkan saman MPSJ atas kesalahan yang dibuat itu serta turut menunda kereta wanita itu ke depoh tunda MPSJ di Puchong,” katanya dalam kenyataan.
Megat Mohamad Aminuddin berkata pada hari yang sama, suami kepada wanita berkenaan tampil ke depoh tunda dan membayar denda tundaan sebanyak RM190.
“Suami kepada wanita berkenaan turut memohon maaf atas tindakan isterinya yang kurang sopan,” katanya. – BERNAMA

Demikianlah Artikel WANITA KURANG SOPAN, UGUT PENGUATKUASA MPSJ AKAN DISIASAT
Sekianlah artikel WANITA KURANG SOPAN, UGUT PENGUATKUASA MPSJ AKAN DISIASAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel WANITA KURANG SOPAN, UGUT PENGUATKUASA MPSJ AKAN DISIASAT dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/wanita-kurang-sopan-ugut-penguatkuasa.html