KIT SIANG SEKALI LAGI TUNJUKKAN ‘WAJAH SEBENARNYA’ – SALLEH

KIT SIANG SEKALI LAGI TUNJUKKAN ‘WAJAH SEBENARNYA’ – SALLEH - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KIT SIANG SEKALI LAGI TUNJUKKAN ‘WAJAH SEBENARNYA’ – SALLEH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KIT SIANG SEKALI LAGI TUNJUKKAN ‘WAJAH SEBENARNYA’ – SALLEH
link : KIT SIANG SEKALI LAGI TUNJUKKAN ‘WAJAH SEBENARNYA’ – SALLEH

Baca juga


KIT SIANG SEKALI LAGI TUNJUKKAN ‘WAJAH SEBENARNYA’ – SALLEH

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sekali lagi menunjukkan wajah sebenarnya dengan mempersendakan beliau dan menggelarkan beliau serta seorang lagi pemimpin UMNO dari Sabah sebagai “dua badut UMNO”.

“Jika seseorang itu membela partinya dan mempertahankan parti daripada pembohongan, fitnah dan serangan akan menjadikan orang itu badut, maka setiap ahli politik di dunia akan menjadi badut bagi partinya sendiri,” kata Salleh dalam catatan terkini blognya, sskeruak.blogspot.com.

Beliau memberi respons kepada tindakan Kit Siang yang menggelarkan beliau dan seorang lagi pemimpin UMNO Sabah iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebagai “dua badut UMNO.”

Salleh berkata sejak kebelakangan ini Kit Siang dilihat gemar memberi gelaran nama dan menggunakan pelbagai jenis nama yang menghina terhadap mereka yang tidak sependapat dengannya.

“Baru dua hari lepas beliau mengunjungi pejabat SPRM dan menghamburkan puji-pujian namun hari ini beliau melukakan hati mereka dengan analogi ‘tiga monyet’ dan meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifi Ahmad, serta para pegawai kanan SPRM supaya mengikuti kursus bahasa Inggeris.

“Jadi, apabila beliau rasa beliau boleh menggunakan SPRM untuk menyakiti UMNO, SPRM adalah sahabatnya dan apabila mereka tidak lagi berguna kepada DAP, mereka adalah ‘tiga ekor monyet’,” katanya.

Salleh turut bertanya sama ada DAP tidak memecat mana-mana anggota yang gagal akur dengan kehendak parti.

“Apabila orang menyokong parti mereka, anda menggelarkan mereka badut dan apabila mereka tidak akur dengan kehendak parti, anda memanggil mereka pengkhianat dan memecat mereka.

“Kit Siang perlu menyatakan pendiriannya tentang bagaimana beliau mengharapkan pemimpin parti menunjukkan kesetiaan. Bukankah semua pemimpin DAP yang tidak mempersetujui bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi berdiam diri dan tidak berani menentang tindakan itu juga dianggap badut?” katanya.

— BERNAMA


Demikianlah Artikel KIT SIANG SEKALI LAGI TUNJUKKAN ‘WAJAH SEBENARNYA’ – SALLEH

Sekianlah artikel KIT SIANG SEKALI LAGI TUNJUKKAN ‘WAJAH SEBENARNYA’ – SALLEH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KIT SIANG SEKALI LAGI TUNJUKKAN ‘WAJAH SEBENARNYA’ – SALLEH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/kit-siang-sekali-lagi-tunjukkan-wajah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :