Bekas ADUN dedahkan taktik kotar DAP menjelang PRU14

Bekas ADUN dedahkan taktik kotar DAP menjelang PRU14 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas ADUN dedahkan taktik kotar DAP menjelang PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas ADUN dedahkan taktik kotar DAP menjelang PRU14
link : Bekas ADUN dedahkan taktik kotar DAP menjelang PRU14

Baca juga


Bekas ADUN dedahkan taktik kotar DAP menjelang PRU14

Bekas ADUN DAP DUN Malim Nawar Perak, Datuk Kesvinder Singh  mendedahkan niat jahat Pakatan Harapan (PH) yang begitu beria-ia memainkan isu pengundi hantu kerana mahu mengambarkan seolah-olah BN cuba menipu rakyat

Menurutnya isu pengundi hantu ini dimainkan bukan sahaja untuk mendapat publisiti murahan tetapi juga meraih simpati pengundi supaya menyokong DAP dalam Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum ke 14 (PRU ke-14) nanti.

``Inilah mainan wayang DAP dan Pakatan Harapan …mereka nak publisiti murahan, nak supaya pengundi rasa belas kasihan kepada mereka dan memberikan undi kepada pakatan harapan itulah matlamat utama mereka.

``Mereka cuba nak kelirukan pengundi supaya jangan mengundi BN, mereka hendak mengambarkan BN sebagai jahat, menipu sebenarnya itulah niat pakatan harapan,’’ katanya.

Menurut Kesvinder sebagai wakil rakyat  dan orang politik, Nga Kor Ming (Pengerusi DAP negeri) perlu bersikap matang dan bukan kebudak-budakan kerana menuntut BN meminta maaf kepadanya dan Pakatan Harapan dengan menuduh kononnya BN  membawa 165,000 pengundi hantu.

``Kita ada peraturan, undang-undang  dan saluran yang betul…bantahan boleh dibuat kepada SPR sebagai sebuah badan bebas..bukan suruh BN minta maaf di public.

``Jangan libatkan pemimpin BN, you siapa?..mengapa pula you libatkan BN sebab SPR sebagai sebuah badan bebas mempunyai peranan dalam hal daftar pengundi ini..so jangan libatkan BN dalam hal pengundi hantu ini,’’ tegasnya.

Kesvinder turut mendedahkan sepanjang pengalamannya menjadi wakil rakyat DAP, pemimpin parti itu tidak menghormati orang bawahan mereka.

``Kita orang bawahan tidak dihormati di mana keputusan-keputusan dan cadangan kita bukan selalu diterima oleh mereka,’’ katanya.

Terdahulu para pemimpin BN Perak termasuk Menteri Besar dan Datuk Saarani Mohamad membidas pembangkang yang mengheret BN dalam isu pengundi hantu. Ia urusan SPR, kata mereka.

Tetapi pembangkang di Perak tidak puas hati telah membuat laporan polis berhubung isu sama mendakwa mereka ada bukti kepada tuduhan mereka itu.


Demikianlah Artikel Bekas ADUN dedahkan taktik kotar DAP menjelang PRU14

Sekianlah artikel Bekas ADUN dedahkan taktik kotar DAP menjelang PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas ADUN dedahkan taktik kotar DAP menjelang PRU14 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/bekas-adun-dedahkan-taktik-kotar-dap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :