Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!

Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!
link : Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!

Baca juga


Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!


LETUPAN bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua dikenal pasti punca tragedi menyebabkan tiga pekerja parah dalam kejadian di tapak pembinaan MRT Bandar Malaysia, dekat Sungai Besi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kejadian pada jam 5 petang Selasa itu selepas siasatan dilakukan oleh Unit Polis Forensik di lokasi kejadian.

“Ia adalah bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Portal MyMetro sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya tiga pekerja tapak pembinaan MRT dekat bekas Lapangan Terbang Sungai Besi, cedera parah dalam kejadian letupan petang semalam.

Difahamkan, dua daripada pekerja berkenaan terputus kaki.

MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dalam satu kenyataan mengesahkan tiga pekerjanya yang parah berada dalam keadaan stabil di hospital berkenaan.

Untuk rekod, Bandar Malaysia Selatan merupakan satu daripada 11 stesen bawah tanah membabitkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd adalah kontraktor bagi kerja-kerja bawah tanah. – myMetro Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!

Sekianlah artikel Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/bom-perang-jepun-punca-letupan-3-staf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :