'Cashless' pelajar sekolah akan terus diperluas - Mahdzir

'Cashless' pelajar sekolah akan terus diperluas - Mahdzir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Cashless' pelajar sekolah akan terus diperluas - Mahdzir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Cashless' pelajar sekolah akan terus diperluas - Mahdzir
link : 'Cashless' pelajar sekolah akan terus diperluas - Mahdzir

Baca juga


'Cashless' pelajar sekolah akan terus diperluas - Mahdzir

KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan aplikasi digital termasuk penggunaan kad debit di sekolah negara ini akan diperluaskan secara berperingkat selaras usaha mendidik pelajar untuk bergerak seiring dengan perkembangan dunia era digital, kata Menteri PendidikanDatuk Seri Mahd­zir Khalid.

Beliau berkata kementerian akan melaksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah terutamannya sekolah di luar bandar dari segi penggunaan kada debit untuk membeli makanan di kantin dan barangan di koperasi sekolah.


"Kita perlu didik pelajar untuk sedia berhadapan dengan dunia digital yang salah satunya ialah 'cashless' (tanpa tunai) kerana di luar sana orang dah pakai kad debit, orang dah tak pakai tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi 390 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

"Sekarang ini contohnya penggunaan Smart Board telah dilaksanakan di banyak sekolah. Keputusan peperiksaan misalnya juga boleh disemak ibu bapa melalui telefon pintar. Mungkin sekolah-sekolah boleh guna aplikasi perakam waktu atau paparan skrin sentuh mengikut kesesuaian,” katanya.

Ketika ini, tiga sekolah berasrama penuh iaitu SMK Sains Seri Puteri di Putrajaya, Kolej Tunku Kurshiah di Negeri Sembilan dan Sekolah Datuk Abdul Razak di Kedah telah menggunakan kad debit sebagai sebahagian aplikasi digital sekolah mereka. - Bernama


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 'Cashless' pelajar sekolah akan terus diperluas - Mahdzir

Sekianlah artikel 'Cashless' pelajar sekolah akan terus diperluas - Mahdzir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Cashless' pelajar sekolah akan terus diperluas - Mahdzir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/cashless-pelajar-sekolah-akan-terus.html

Subscribe to receive free email updates: