DAP DAN PSM KINI BERMUSUH! PSM TIDAK MENDATANG KEBAIKAN BUAT DAP PRU-14

DAP DAN PSM KINI BERMUSUH! PSM TIDAK MENDATANG KEBAIKAN BUAT DAP PRU-14 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP DAN PSM KINI BERMUSUH! PSM TIDAK MENDATANG KEBAIKAN BUAT DAP PRU-14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP DAN PSM KINI BERMUSUH! PSM TIDAK MENDATANG KEBAIKAN BUAT DAP PRU-14
link : DAP DAN PSM KINI BERMUSUH! PSM TIDAK MENDATANG KEBAIKAN BUAT DAP PRU-14

Baca juga


DAP DAN PSM KINI BERMUSUH! PSM TIDAK MENDATANG KEBAIKAN BUAT DAP PRU-14

Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebelum ini pernah mengumumkan akan bertanding tujuh kerusi di Perak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), termasuk enam yang disandang wakil DAP.

Ia membabitkan dua kerusi Parlimen, iaitu Batu Gajah dan Sungai Siput serta lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Tronoh, Menglembu, Jelapang, Buntong dan Malim Nawar. Kecuali Parlimen Sungai Siput, semua kerusi terbabit dimenangi calon DAP pada PRU-13.

Ahli Jawatankuasa PSM Pusat, S Arutchelvan, berkata parti itu bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru atau lebih sekiranya DAP tidak mahu berunding. PSM berharap pakatan pembangkang tidak mengganggu kerusi berkenaan dan berharap DAP tidak campur tangan di kerusi yang mahu ditanding mereka.

Dalam pada itu, A. Sivanesam, Naib Pengerusi DAP Perak mendakwa DAP mendapati tiada sebarang kebaikan jika mereka bekerjasama dengan PSM. A. Sivanesam menyatakan DAP Perak mendapati tiada sebarang kebaikan berlaku jika mereka bekerjasama dengan PSM.

Malah, PSM tidak mungkin boleh menyertai Pakatan Harapan (PH). PH tidak akan mengalami sebarang kerugian walaupun PSM menentang atau bekerjasama dengan PH. Jesteru PSM tidak membawa sebarang kerugian kepada PH dan perlu disingkirkan.

Walau bagaimanapun Dr Micheal Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput menyatakan PSM mahu membentuk pakatan pilihanraya dengan PH bagi mengelakkan perpecahan undi pembangkang pada PRU Ke-14. Langkah itu dapat mengelakkan kedua-dua pihak bertembung satu sama lain memandangkan PSM bercadang bertanding di 15 kerusi DUN dan 5 kerusi Parlimen di seluruh negara.

Dr Micheal Jeyakumar lupa bahawa PSM mahukan kerusi-kerusi DAP di Perak. Persoalannya mahukah DAP memberi kerusi-kerusi mereka kepada PSM dengan mudah. Jawapannya sudah pasti kita sudah ketahui iaitu DAP tidak akan memberi kerusi-kerusi milik mereka. Ini kerana Nga Kor Ming dan A. Sivanesam menolak untuk memberi sebarang kerusi kepada PSM kerana permintaan mereka adalah keterlaluan.

Jesteru, S Arutchelvan memberi pilihan kepada DAP iaitu bersedia berlawan dengan PSM pada pilihanraya umum akan datang jika DAP tidak mahu memberi kerusi mereka kepada PSM. Ini kerana PSM sudah bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru jika DAP tidak mahu berunding.


Demikianlah Artikel DAP DAN PSM KINI BERMUSUH! PSM TIDAK MENDATANG KEBAIKAN BUAT DAP PRU-14

Sekianlah artikel DAP DAN PSM KINI BERMUSUH! PSM TIDAK MENDATANG KEBAIKAN BUAT DAP PRU-14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP DAN PSM KINI BERMUSUH! PSM TIDAK MENDATANG KEBAIKAN BUAT DAP PRU-14 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/dap-dan-psm-kini-bermusuh-psm-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: