Isteri Kesal Suami Dah Tua Perangai ‘Muda’

Isteri Kesal Suami Dah Tua Perangai ‘Muda’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isteri Kesal Suami Dah Tua Perangai ‘Muda’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isteri Kesal Suami Dah Tua Perangai ‘Muda’
link : Isteri Kesal Suami Dah Tua Perangai ‘Muda’

Baca juga


Isteri Kesal Suami Dah Tua Perangai ‘Muda’


KEPALA BATAS – “Patutlah tunggu tak balik-balik, rupanya ikut perangai orang muda.” Itu antara leteran seorang wanita terhadap suaminya yang ditahan atas kesalahan dadah di Bakau Tua, Penaga, dekat sini, tengah hari semalam.

Suami wanita lingkungan 60-an itu, antara 50 penagih ditahan dalam Ops Sarang membabitkan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) SPU.

Isteri kepada warga emas berkenaan turut meminta polis memasukkan suaminya ke penjara kerana sudah muak dengan tabiat buruk lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, operasi bermula jam 5 pagi hingga 12 tengah hari itu hasil maklumat awam mengenai kegiatan penagihan dadah di Bakau Tua yang dianggap kawasan ‘panas’ dalam daerah SPU.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berusia antara 20-an hingga 63 tahun itu termasuk penagih berulang.

“Sebahagian yang ditahan bekerja sebagai nelayan dan menjadikan kawasan belukar tepi Sungai Muda sebagai tempat melepaskan gian.

“Selain penagih, kami turut merampas 50 gram (g) heroin, 15 gram syabu dan dua biji pil Eramin 5,” katanya.

Noorzainy berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2), akta sama, manakala tindakan diambil mengikut Seksyen 3(1), Akta Penagih Dadah 1983.

“IPD SPU komited untuk membasmi kegiatan penagihan dadah dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan dadah di kawasan mereka.

“Semua yang ditahan ini dibawa ke IPD SPU untuk siasatan lanjut,” katanya. – myMetro Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Isteri Kesal Suami Dah Tua Perangai ‘Muda’

Sekianlah artikel Isteri Kesal Suami Dah Tua Perangai ‘Muda’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isteri Kesal Suami Dah Tua Perangai ‘Muda’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/isteri-kesal-suami-dah-tua-perangai-muda.html

Subscribe to receive free email updates: