Curah Asid Dekat Anak Selepas Gagal Dapat Mak

Curah Asid Dekat Anak Selepas Gagal Dapat Mak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Curah Asid Dekat Anak Selepas Gagal Dapat Mak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Curah Asid Dekat Anak Selepas Gagal Dapat Mak
link : Curah Asid Dekat Anak Selepas Gagal Dapat Mak

Baca juga


Curah Asid Dekat Anak Selepas Gagal Dapat Mak


GILA… Seorang kanak-kanak menjadi mangsa apabila mukanya dicurah asid oleh seorang lelaki yang meminati ibunya.

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu, Aditya Raj, dari kawasan miskin Gurugam, utara India, telah diculik oleh lelaki berkenaan.

Lelaki itu berbuat demikian selepas ibu Aditya iaitu Soni, 26, enggan meninggalkan suaminya iaitu bapa Aditya.

Selepas menculik Aditya, lelaki itu telah mencurahkan asid ke muka kanak-kanak berkenaan sebelum membiarkannya untuk mati, di dalam tong sampah pada bulan Disember lalu.

“Anak saya ditemui dalam tong sampah dengan mukanya menjadi cair. Sudah 10 bulan berlalu tetapi saya rasa seperti baru semalam berlaku. Saya melihat anak saya menderita setiap hari,’’ kata Soni.

Soni telah diganggu oleh jirannya, Mangal, 27, sejak tahun lepas. Walaupun Mangal mengetahui Soni sudah berkahwin namun dia kerap meminta Soni meninggalkan suaminya.

Disebabkan gangguan itu, Soni dan keluarganya telah berpindah ke tempat lain namun Mangal dapat mengesannya. Dia menculik Aditya ketika kanak-kanak itu sedang bermain dengan kawan-kawannya.

Dalam pada itu, penderitaan yang dialami Aditya itu menyebabkan kerajaan dan NGO tampil membantu mengumpul dana untuk proses rawatan dan pemulihan Aditya.

Kanak-kanak berkenaan telah dirawat oleh Dr. Avtar Singh Bath dan beliau telah menjalankan pembedahan di bahagian mata dan hidung Aditya.

“Ketika dibawa kepada kami, kanak-kanak itu mengalami 30 peratus lecur di badannya dengan bahagian paling teruk adalah di bahagian mata,

“Kami juga menjalankan pembedahan di bahagian hidung dan tidak lama lagi satu lagi pembedahan akan dijalankan di bahagian pipi kanan dengan ambil kulit di bahagian perut,’’ kata Dr. Avtar. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Curah Asid Dekat Anak Selepas Gagal Dapat Mak

Sekianlah artikel Curah Asid Dekat Anak Selepas Gagal Dapat Mak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Curah Asid Dekat Anak Selepas Gagal Dapat Mak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/curah-asid-dekat-anak-selepas-gagal.html

Subscribe to receive free email updates: