Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar

Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar
link : Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar

Baca juga


Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar

Pelakon yang kian meningkat naik namanya dalam industri seni tanah air, Janna Nick memberitahu  pada satu sumber yang dia rindu untuk belajar semula.

Janna berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi harus melupakan sebentar hasratnya itu kerana sibuk dengan karier sebagai seorang pelakon.

“Sejujurnya, jika ditanya apa yang saya paling rindukan, perkara tersebut adalah peluang untuk bergelar seorang pelajar semula.

“Namun begitu, buat masa sekarang, masa tidak mengizinkan saya untuk belajar kerana sibuk dengan kerja,” ujar Janna kepada Astro Gempak.

Menurut Janna lagi, jika boleh dia inginkan satu kursus yang fleksibel bagi membolehkan dirinya  membahagikan masa di antara kerjaya dan pelajaran.

“Rasanya tak mustahil untuk saya cuba dan kalau boleh saya mahu menyambung pengajian dalam bidang perniagaan kerana saya memang minat untuk berniaga,” katanya.

Kata sumber lagi, Janna kini memiliki sijil pengajian asasi di dalam bidang pengurusan perniagaan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.

Semangat seperti Janna ini harus diterapkan dan dijadikan contoh kepada semua anak muda. Sesungguhnya pelajaran itu amat penting untuk setiap individu bagi menambahkan lagi ilmu di dada dan dengan ilmu itu juga pasti masa hadapan kita akan lebih terjamin.

Semoga hasrat Janna untuk menyambung pelajarannya menjadi kenyataan dan dipermudahkan.

Sedikit info tentang Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner, dia dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada 1 Jun 1995.

Merupakan anak kedua di dalam adik beradik dan mempunyai darah kacukan Cina, Pakistan dan Thai.

Karier Janna di dalam industri bermula sejak tahun 2012 lagi namun namanya mula dikenali selepas lakonannya di dalam drama bertajuk Syurga Nur yang menjadikannya watak utama sebagai heroin drama tersebut.

The post Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar

Sekianlah artikel Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/janna-nick-rindu-untuk-bergelar-pelajar.html

Subscribe to receive free email updates: