Majoriti anak muda Malaysia sokong BN - Politweet

Majoriti anak muda Malaysia sokong BN - Politweet - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majoriti anak muda Malaysia sokong BN - Politweet, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majoriti anak muda Malaysia sokong BN - Politweet
link : Majoriti anak muda Malaysia sokong BN - Politweet

Baca juga


Majoriti anak muda Malaysia sokong BN - Politweet

Sejumlah 5.8 juta pengguna Facebook berusia 21 tahun ke atas lebih cenderung terhadap parti Barisan Nasional (BN).

Angka ini menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda daripada 3.1 juta pengguna yang cenderung terhadap parti pembangkang pada Julai lalu, menurut satu kajian perunding penyelidikan media sosial, Politweet.

Kajian itu menunjukkan kira-kira 51.6 peratus (3.3 juta) daripada 6.4 juta pengguna Facebook di Malaysia berumur 21 tahun ke atas berminat dengan BN.

Ini berbanding 9.4 peratus (600,000) yang secara eksklusif cenderung terhadap parti pembangkang. Sekitar 39.1 peratus (2.5 juta) menyatakan sokongan bercampur antara pihak pembangkang dan BN.

UMNO mempunyai bilangan pengguna Facebook paling tinggi di Malaysia yang berminat dengan politik dan menyatakan kepentingannya pada Julai lalu iaitu sebanyak 4.4 juta (68.8 peratus).

Ini diikuti PKR dengan 1.8 juta pengguna (28.1 peratus), DAP 1.3 juta (20.3 peratus), PAS 950,000 (14.8 peratus), MCA 740,000 (11.6 peratus), Gerakan 150,000 (2.34 peratus) dan akhirnya, MIC 81,000 pengguna (1.3 peratus ).

Daripada 6.4 juta pengguna Facebook berusia 21 tahun ke atas yang berminat dengan BN atau pembangkang pada Julai lalu, kira-kira 56.3 peratus ialah lelaki dan 43.8 peratus wanita.

“Pihak pembangkang mula meningkatkan perkongsian eksklusifnya pada Januari 2017, dan mencapai kemuncaknya dengan kecenderungan sebanyak 16.39 peratus pada bulan Mei.

“Minat terhadap pembangkang menurun sebanyak 7.01 mata dalam dua bulan terakhir ini manakala kecenderungan terhadap BN meningkat 5.66 mata,” menurut Politweet lagi.

Menerusi kajian yang bertajuk ‘Bagaimana kepentingan politik dipisahkan oleh bahasa di Facebook di Malaysia‘, ia menjelaskan bahawa ‘kumpulan eksklusif’ merujuk kepada pengguna yang hidup dalam “gelembungan”.

Ini bermaksud bahawa pengguna terbabit hanya suka, berkongsi atau membincangkan kandungan yang berkaitan dengan kegemaran pihak mereka sahaja.

“Penyokong parti politik yang hanya berdedikasi untuk mempromosikan atau menyerang hanya satu pihak sahaja akan jatuh ke dalam kumpulan ini,” kata kajian itu lagi.

Kumpulan yang mempunyai kecenderungan berbaur pula terdiri daripada pengguna yang berkongsi kandungan yang berkaitan dengan kedua-dua belah ideologi politik.

“Apabila satu kumpulan eksklusif menjadi kumpulan yang dominan, ini memberikan tekanan lebih besar kepada kumpulan eksklusif lain untuk ‘merentasi jurang’ dan membawa pengguna ke pihak mereka.

“Atau mungkin juga sekurang-kurangnya menarik minat kumpulan berbaur tersebut. Inilah kesukaran yang sedang dihadapi oleh pihak pembangkang,” kata Politweet.

Menurut kajian itu lagi, pihak pembangkang memiliki capaian 48.4 peratus daripada jumlah pasaran kepentingan parti politik, dengan merangkumi pengguna Facebook yang menyatakan kecenderungan eksklusif.

Ia digabungkan dengan mereka yang menyatakan minat bercampur. Sebaliknya, BN pula berjaya mendominasi 90.6 peratus pasaran akaun sosial tersebut.

“Ini bermakna lebih separuh daripada pengundi berpotensi di Facebook berminat dalam politik tidak ada minat terhadap apa yang pemimpin dan penyokong pembangkang kongsi dan lakukan (di media),” menurut kajian itu.

Politweet mengukur kecenderungan politik dengan menggabungkan minat menerusi akaun Facebook “(kumpulan data minat, aktiviti, grup, halaman, kemas kini status dan sejarah kerja.

“Ia boleh dikenal pasti melalui istilah lazim di Facebook misalnya ‘Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’, nama grup tertentu dan Halaman tertentu seperti Rakan BN).”

Kecenderungan juga diukur pengguna yang menyebut nama sesuatu pihak dalam kemas kini status, berkongsi pautan berita berkaitan dengan pihak tertentu atau kandungan daripada halaman milik sesebuah parti politik.

Bagaimanapun, Politweet berkata kecederungan terhadap parti politik tidak menunjukkan sokongan kepada sesebuah parti, tetapi hanya menunjukkan kesedaran mereka.


Demikianlah Artikel Majoriti anak muda Malaysia sokong BN - Politweet

Sekianlah artikel Majoriti anak muda Malaysia sokong BN - Politweet kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majoriti anak muda Malaysia sokong BN - Politweet dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/majoriti-anak-muda-malaysia-sokong-bn.html

Subscribe to receive free email updates: