Kerjasama politik dengan UMNO... PAS Perak tunggu dan lihat

Kerjasama politik dengan UMNO... PAS Perak tunggu dan lihat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerjasama politik dengan UMNO... PAS Perak tunggu dan lihat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerjasama politik dengan UMNO... PAS Perak tunggu dan lihat
link : Kerjasama politik dengan UMNO... PAS Perak tunggu dan lihat

Baca juga


Kerjasama politik dengan UMNO... PAS Perak tunggu dan lihat

Pendirian PAS Perak yang dilihat tidak lagi “anti UMNO” memberi harapan baru buat kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama politik lebih-lebih lagi selepas PRU ke14 kelak.

Kalangan pemerhati melihat tanda-tanda positif sejak PAS mengambil keputusan tidak menyertai Pakatan Harapan di Perak yang diterajui DAP.

Kedudukan politik yang tidak stabil di Perak setiap kali berlangsung pilihanraya sejak kebelakangan ini juga memberi gambaran awal perlunya kerjasama politik secara serius antara kedua-dua parti berteraskan Melayu berkenaan.

Dalam konteks ini PAS dilihat berlapang dada  melihat perkembangan yang berlaku kebelakangan ini. Soalnya bagaimana pula dengan reaksi UMNO?

Kepada persoalan kerjasama selepas pilihanraya umum nanti, PAS mengambil pendirian “tunggu dan lihat,” seperti dibayangkan orang kuatnya, Haji Razman Zakaria.

Untuk rekod, dalam PRU ke12 pada 2008, BN gagal menubuhkan kerajaan negeri akibat kekurangan tiga kerusi gara-gara kegagalan PAS menyertai dan menyokongnya.

Ketika itu PAS yang bersama-sama membentuk Pakatan Rakyat mengambil keputusan membentuk kerajaan negeri bersama-sama dengan DAP dan PKR.

Bagaimanapun kerajaan berkenaan hanya bertahan 11 bulan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS), yang dilantik Menteri Besar  Perak, kemudian dilantik pula sebagai Ketua Pembangkang di DUN Perak dan kini meninggalkan PAS menyertai PAN

Perlantikan Nizar sebagai MB Perak dikatakan dipersetujui Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku boss besar pembangkang, walaupun terdapat rasa tidak puas hati pada mulanya dikalangan PKR negeri.

Sementara itu dalam perkembangan sama peluang Pakatan Harapan di Perak untuk mengulangi sejarah 2008 dilihat semakin sukar lebih-lebih lagi dengan ketiadaan PAS di sisi mereka.

Begitu juga senario politik kini mendapati pengundi Melayu semakin menjauhkan diri dari DAP dan parti-parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, Amanah dan terbaru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)--ia sekaligus menutup peluang mengulangi sejarah 2008.

Persoalan yang menjadi bahan perbualan kini ini ialah kerjasama PAS dengan UMNO diperingkat negeri Perak jika BN gagal mengulangi keputusan cemerlang dalam PRUke14.

Jika senario ini berlaku  apakah BN dan PAS dapat  mewujudkan sebuah kerjasama politik bagi memungkinkan pembentukkan sebuah kerajaan campuran seperti yang diimpikan oleh orang-orang Melayu.

Kepada persoalan di atas Pesuruhjaya Pas Perak, Haji Razman Zakaria dengan ringkas berkata, PAS Perak akan tunggu dan lihat selepas PRU ke-14 nanti.

``Kita tunggu selepas pilihanraya  sebab kita tawar kepada rakyat . . . kita boleh memerintah dan kita nak memberi penyelesaian  yang terbaik kepada rakyat Perak khususnya.

``Termasuk untuk mengantikan kerajaan . . . kita mahu membentuk kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan yang  sedia ada dan lebih baik daripada persepsi kerajaan yang dibentuk oleh pakatan harapan,’’ katanya.

Sebelum ini Haji Razman menjelaskan  PAS sudah bersedia untuk bertanding di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Perak yang majoritinya dikuasai UMNO pada PRU ke-14 nanti.


Demikianlah Artikel Kerjasama politik dengan UMNO... PAS Perak tunggu dan lihat

Sekianlah artikel Kerjasama politik dengan UMNO... PAS Perak tunggu dan lihat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerjasama politik dengan UMNO... PAS Perak tunggu dan lihat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/kerjasama-politik-dengan-umno-pas-perak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :