Najib garis tiga DNA bantu usahawan desa tembusi pasaran dunia

Najib garis tiga DNA bantu usahawan desa tembusi pasaran dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib garis tiga DNA bantu usahawan desa tembusi pasaran dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib garis tiga DNA bantu usahawan desa tembusi pasaran dunia
link : Najib garis tiga DNA bantu usahawan desa tembusi pasaran dunia

Baca juga


Najib garis tiga DNA bantu usahawan desa tembusi pasaran dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga DNA bagi membolehkan usahawan desa di negara ini mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang diiktiraf dan bersedia menembusi pasaran dunia.

Menurut Najib, usahawan desa seharusnya memperhebatkan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk dan perkhidmatan yang berkualiti bagi memastikan pemain industri ini kekal relevan bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif.

"Kedua, mereka seharusnya memaksimumkan penggunaan teknologi dan digital dalam perniagaan kerana sedar atau tidak, landskap ekonomi digital ini telah memungkinkan kita menjadi kompetitif dan berupaya menakluki pasaran baharu.

"Mereka juga perlu mempertingkatkan daya saing dan memperkukuhkan daya tahan dalam menghadapi 'the new normal' landskap ekonomi baharu kerana ini akan membawa para usahawan ke mercu kejayaan demi kejayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD) 2017 bertemakan Produk Desa, Pasaran Global di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Tambah Najib, melalui program yang diadakan ini juga, seramai 1,500 pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang layak akan disenaraikan di platform e-dagang, Alibaba.com.

"Oleh itu, para usahawan desa perku merebut peluang ini untik memasuki liga sebagai 'global player', katanya.

Pada majlis yang sama, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Usahawan Cemerlang Skim Pinjaman Ekonomi Desa (SPED) dengan jumlah nilai Muqasah sebanyak RM308, 460 kepada lapan orang usahawan yang berjaya.

"Antara keunikan kemudahan muqasah yang diperkenalkan ini peminjam yang layak akan menerima geran sebanyak 30 peratus daripada nilai yang dibiaya, sekiranya peminjam tiada sebarang tunggakan bayaran balik," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kerajaan telah memperkenalkan Digital Free Trade Zone (DFTZ) iaitu hab ekonomi digital pertama di luar China menerusi inisiatif Kuala Lumpur Interner City, akan dimajukan di Bandar Malaysia sebagai hab e-commerce yang terhebat lagi terunggul di dunia.


Demikianlah Artikel Najib garis tiga DNA bantu usahawan desa tembusi pasaran dunia

Sekianlah artikel Najib garis tiga DNA bantu usahawan desa tembusi pasaran dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib garis tiga DNA bantu usahawan desa tembusi pasaran dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/najib-garis-tiga-dna-bantu-usahawan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :