Nik Abduh ulas Mahathir panggil Najib 'lanun Bugis'...

Nik Abduh ulas Mahathir panggil Najib 'lanun Bugis'... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Abduh ulas Mahathir panggil Najib 'lanun Bugis'..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Abduh ulas Mahathir panggil Najib 'lanun Bugis'...
link : Nik Abduh ulas Mahathir panggil Najib 'lanun Bugis'...

Baca juga


Nik Abduh ulas Mahathir panggil Najib 'lanun Bugis'...

Ketika Pakatan Harapan senyap sunyi dengan kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang memanggil Perdana Menteri sebagai 'lanun Bugis', Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa keturunan Bugis terkenal dengan kepahlawanannya.

Katanya, gelaran lanun diberikan oleh penjajah kerana sakit hati dengan kepahlawanan keturunan Bugis yang kuat menentang mereka.

“Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai pahlawan Bugis. Ada pun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis.

“Dalam politik Malaysia, dalam PAS, lanun tidak ada, otak senget pun tidak ada. Yang ada hanyalah orang baik-baik dan mempunyai sifat kepahlawanan Bugis walaupun bukan daripada orang berketurunan Bugis.

“Dalam parti lain, ada tak otak senget, saya seganlah nak sebut. Tapi yang gelar Bugis sebagai lanun memang ada,” katanya menerusi catatan dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad yang didakwa telah menghina keturunan Bugis ketika berucap pada perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP Sabtu lalu.

Di dalam ucapannya, Mahathir menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyifatkan beliau sebagai lanun Bugis.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri sebagai seorang Bugis boleh sesat sehingga ke Malaysia dan meminta supaya pulang semula ke Bugis.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh secara sinis membe­ritahu, parti yang berasaskan kepada bangsa sememangnya akan tersembul lidah mereka dengan kata-kata berunsur perkauman.

Justeru itu, beliau mencadang­kan supaya ditinggalkan parti seperti itu dan memilih parti berasaskan Islam.

“Menjolok seseorang yang tidak disukai dengan gelaran atau nama keluarga, bangsa, agama atau seumpamanya adalah salah dan terlarang. Islam menolaknya,” jelas beliau.


Demikianlah Artikel Nik Abduh ulas Mahathir panggil Najib 'lanun Bugis'...

Sekianlah artikel Nik Abduh ulas Mahathir panggil Najib 'lanun Bugis'... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Abduh ulas Mahathir panggil Najib 'lanun Bugis'... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/nik-abduh-ulas-mahathir-panggil-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :