Pembangkang Malaysia paling kaya di dunia...?

Pembangkang Malaysia paling kaya di dunia...? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang Malaysia paling kaya di dunia...?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang Malaysia paling kaya di dunia...?
link : Pembangkang Malaysia paling kaya di dunia...?

Baca juga


Pembangkang Malaysia paling kaya di dunia...?

Pakatan Harapan boleh diibaratkan sebagai gabungan parti pembangkang antara yang terkaya di dunia kerana pemimpinnya terdiri daripada mereka yang mewah dengan harta dan wang ringgit.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu mendakwa kekayaan Pakatan Harapan kini mungkin melebihi kekayaan yang dimiliki oleh Pengasas Microsoft dan Raja Arab Saudi.

Beliau memberi contoh antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli memiliki anak beranak yang kaya raya hasil salah guna kuasa dan rasuah sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, Yayasan Masa Hadapan (FFF) yang dipengerusikan oleh Anwar pada tahun 2006 pernah didakwa menerima dana RM21.3 juta daripada Amerika Syarikat yang disalurkan melalui Kongres Amerika untuk membiayai yayasan berkenaan.

Beliau turut mengingatkan tentang dakwaan DAP pernah menerima dana dari Israel berjumlah RM1.2 bilion yang tidak pernah dijawab oleh parti itu hingga hari ini.

“George Soros juga dikatakan ada beri sumbangan dana kepada pembangkang Malaysia dalam gerakan mereka untuk menggulingkan kerajaan Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Ramesh Rao mendakwa Pakatan Harapan berkemungkinan membayar media asing untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia kerana mereka memiliki dana yang besar.

“Pembangkang juga melobi Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika untuk buat tuduhan palsu berkaitan 1MDB serta saman sivil yang sehingga kini tidak dibuktikan kebenarannya,” dakwnya lagi.


Demikianlah Artikel Pembangkang Malaysia paling kaya di dunia...?

Sekianlah artikel Pembangkang Malaysia paling kaya di dunia...? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang Malaysia paling kaya di dunia...? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/pembangkang-malaysia-paling-kaya-di.html

Subscribe to receive free email updates: