link : PRU14: Shahrir tarik handbrake...
PRU14: Shahrir tarik handbrake...
Sudah jadi rahsia umum hasrat Tan Sri Shahrir Abd Samad untuk tidak dicalonkan semula pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).
Sehingga ada permintaan khas dari Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Khaled Nordin supaya beliau kekal mempertahankan kerusi Johor Bahru.
Shahrir diketahui seorang yang tegas... kalau dia kata putih, maka putihlah.
Tapi perkembangan mutakhir ini di mana pembangkang sedang mempersiapkan tokoh-tokoh nasional mereka untuk bertanding di Johor dengan menjadikan negeri itu 'front line state' menyebabkan Ahli Parlimen Johor Bahru sejak 1978 itu tarik 'handbrake'.
Beliau menegaskan perkembangan politik semasa menyebabkan Pengerusi Felda itu untuk bertanding lagi pada (PRU14) di kerusi bandar raya itu.
Menurut Shahrir, berikutan ramai nama besar dalam pembangkang antaranya Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berminat untuk berdepan dengan mereka.
Katanya, pembangkang kali ini berasa yakin menembusi Johor berikutan ada nama besar yang baharu dalam pakatan mereka seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin.
"Pada awal saya ramal PRU-14 adalah pilihan raya mudah, tetapi apabila dah dengar macam-macam (nama) semua hendak datang Johor termasuk Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), kalau semua berminat dengan Johor, saya pun berminat berdepan dengan mereka dalam apa pun kedudukan.
"Nampaknya kalau Mahathir dengan Muhyiddin, Anwar dan Kit Siang hendak jadikan Johor sebagai 'front line state' (negeri barisan hadapan) takkan saya nak undur ke belakang (tidak bertanding)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi panel jemputan Program Dialog Perjuangan 4 All di Dewan Kompleks Yayasan Warisan Johor di sini, malam tadi.
Yang turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang turut menjadi panel pada program berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, Dialog Perjuangan 4 All anjuran Jabatan Penerangan UMNO Malaysia akan diteruskan sehingga ke 100 kawasan Parlimen ke seluruh negara.
"Sehingga kini sudah 15 kawasan kami jelajah, bagaimanapun ia adalah usaha berterusan dan yang penting sejak dilancarkan kita berjaya meningkatkan momentum jumlah penonton sehingga belasan ribu yang mengikuti (siaran langsung di Facebook) dan ini perkembangan menggembirakan
"Saya gembira lihat penyertaan penonton (di lokasi program dan media sosial) selain dapat membincangkan fokus tertentu di satu kawasan ke satu kawasan dan sebagai panel tetap, saya dapat berkongsi pengalaman di tempat lain," katanya.

Demikianlah Artikel PRU14: Shahrir tarik handbrake...
Sekianlah artikel PRU14: Shahrir tarik handbrake... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: Shahrir tarik handbrake... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/pru14-shahrir-tarik-handbrake.html