Raja Azura Muncul Semula Sekadar Meriahkan Dunia Seni

Raja Azura Muncul Semula Sekadar Meriahkan Dunia Seni - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Raja Azura Muncul Semula Sekadar Meriahkan Dunia Seni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Raja Azura Muncul Semula Sekadar Meriahkan Dunia Seni
link : Raja Azura Muncul Semula Sekadar Meriahkan Dunia Seni

Baca juga


Raja Azura Muncul Semula Sekadar Meriahkan Dunia Seni

PENGACARA Raja Azura memberitahu dia menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza musim keempat hanyalah untuk memeriahkan industri seni sahaja.

Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku itu berkata, dia layak untuk menjadi peserta program nyanyian itu berikutan pernah mempunyai lagu berjudul Dan Bunga Berguguran dalam sebuah album yang diterbitkan pada 1998.

“Pengacara sudah, pelakon sudah, penyanyi pun sudah, penyampai radio pun sudah. Akhir sekali peserta sahaja belum. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya, yang tidak sokong pun terima kasih.

“Bagi netizen yang bertanya Kak Engku boleh nyanyi ke tidak, jawab saya bolehlah menyanyi untuk memeriahkan dan menghiburkan industri seni.

“Pada yang tidak tahu, lagu dari dalam album yang diterbitkan pada tahun 1998 berjudul Dan Bunga Berguguran. Doakan semua berjalan lancar dan mampu menghiburkan anda semua,” katanya.

Pengacara itu menjawab beberapa soalan netizen yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai seorang penyanyi dalam program yang mengetengahkan penyanyi-penyanyi lama.

Dalam pada itu, Raja Azura berkata, dia menyedari kehebatan penyanyi-penyanyi lain yang akan bertanding dalam program berkenaan.

Dia enggan melayan komen negatif netizen dan menganggap perkara itu sebagai satu cabaran mengharungi pertandingan tersebut.

“Apa-apa pun tunggu sahaja konsert pertama nanti, kepada semua yang mesej saya dan beri komen negatif dan positif saya ambil ia sebagai cabaran.

“Kalau ada rezeki, adalah, kalau tiada saya nyanyi depan cermin dan dalam bilik air sahaja,” ujarnya.
Selain Raja Azura, 11 lagi penyanyi yang turut bertanding ialah Liza Hanim, Elyana, Syura, dan Haida.

Manakala peserta lelaki pula Aqasha, Hazami, Ferhad, Tia (Jinbara), Lan (Kristal) dan Firman dari Indonesia.

Gegar Vaganza 4 bakal bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Kuala Lumpur bermula 29 Oktober ini.

The post Raja Azura Muncul Semula Sekadar Meriahkan Dunia Seni appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Raja Azura Muncul Semula Sekadar Meriahkan Dunia Seni

Sekianlah artikel Raja Azura Muncul Semula Sekadar Meriahkan Dunia Seni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Raja Azura Muncul Semula Sekadar Meriahkan Dunia Seni dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/raja-azura-muncul-semula-sekadar.html

Subscribe to receive free email updates: