link : Sedar hilang sokongan... DAP main skrip lama tarik perhatian
Sedar hilang sokongan... DAP main skrip lama tarik perhatian
DAP dan kuncu-kuncu mereka dalam Pakatan Harapan (PH) di Perak didakwa memainkan semula skrip lama menghasut rakyat yang juga pengundi potensi membenci BN kali ini menggunakan isu pengundi hantu.
Dengan tidak ada bukti hanya berasaskan pandangan seorang tokoh DAP (Nga Kor Ming), mereka mendakwa UMNO mendaftar pengundi hantu berjumlah lebih 40,000 sebagai persiapan menghadapi PRU ke14.
Beberapa orang Ketua UMNO bahagian di negeri ini yang ditemui bersetuju dengan UMNO Perak bahawa DAP amat bimbang akan mengalami kekalahan pada PRU ke-14 nanti memaksa parti itu membuat tuduhan palsu kononnya BN mendaftar pengundi hantu di Perak.
Tinjauan kalangan Ketua-ketua UMNO Bahagian di negeri ini mendapati mereka melihat DAP terpaksa memainkan skrip lama sebagai jawapan bahawa kekalahan pembangkang pada pilihan raya nanti atas alasan BN membawa pengundi hantu ke Perak.
``Apabila berlaku kekalahan dipihak pembangkang nanti, mereka sudahpun sediakan jawapan awal-awal lagi agar penyokong dan pengundi mereka tidak lari dan terus menyokong mereka,'' kata Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Kassim.
Dakwaan DAP berhubung isu ini di buat Kor Ming.
Sambil membidas tindakan Kor Ming, beliau yakin dan optimis rakyat sudah dapat menilai permainan `kotor' pembangkang yang dikepalai Kor Ming yang gemar melontar tuduhan yang tidak benar terhadap BN.
``Ini agenda sebenar mereka yang gemar membuat tuduhan yang bukan-bukan, mengelirukan dan tidak berasas untuk menanam kebencian rakyat terhadap pemimpin dan kerajaan BN,'' katanya.
Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat yang turut menyelar Kor Ming yakin rakyat tidakmudah termakan fitnah dan tuduhan kononnya BN membawa pengundi hantu untuk berdaftar di Perak.
Katanya, sebenarnya pembangkang sudah kehabisan modal sehingga terpaksa memainkan skrip lama kerana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka bakal menerima kekalahan pada pilihan raya nanti.
``Perbangkang kini bimbang dan terpaksa menerima hakikat bahawa bilangan pengundi Melayu yang berdaftar di Perak sudah meningkat sekaligus memberi kelebihan kepada BN menyebabkan mereka (pembangkang) terpaksa melontar tuduhan kononnya BN membawa pengundi hantu ke negeri ini,'' katanya, yang juga ADUN Alor Pongsu.
Semalam UMNO Perak meminta rakyat di negeri ini berhati-hati dengan taktik terbaru pembangkang yang melemparkan pelbagai fitnah kepada BN menjelang PRUke14 kerana mereka sedar mereka semakin menghampiri kekalahan.
Timbalan Pengerusinya Datuk Shaarani Mohamed berkata terbaru DAP menuduh UMNO Perak mendaftar pengundi hantu yang merupakan tuduhan jahat dan berunsur fitnah.
Demikianlah Artikel Sedar hilang sokongan... DAP main skrip lama tarik perhatian
Sekianlah artikel Sedar hilang sokongan... DAP main skrip lama tarik perhatian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sedar hilang sokongan... DAP main skrip lama tarik perhatian dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/sedar-hilang-sokongan-dap-main-skrip_13.html