Takkan Percaya Janji Manis PAS – Mat Sabu

Takkan Percaya Janji Manis PAS – Mat Sabu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Takkan Percaya Janji Manis PAS – Mat Sabu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Takkan Percaya Janji Manis PAS – Mat Sabu
link : Takkan Percaya Janji Manis PAS – Mat Sabu

Baca juga


Takkan Percaya Janji Manis PAS – Mat Sabu

Walaupun sering menerima kecaman, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu mendakwa ada kalangan pemimpin PAS mempelawanya kembali semula menyertai parti Islam itu.

Mohamad Sabu berkata, beliau sering disapa oleh pemimpin-pemimpin PAS sekiranya terserempak dengan mereka di lapangan terbang dan dilayan dengan baik.

“Kita kena faham antara parti dengan orang, orang-orang PAS adalah rakan-rakan kita.

“Selalu saya jumpa mereka di lapangan terbang nak pergi umrah, mereka dalam kuliah kita tahu dia maki kita tapi di airport jauh dia datang nak bersalam kita.

“Dia tanya apa khabar Abang Mat, teruskan perjuangan.

“Ada pimpinan PAS Pusat kita tahu dia hentam kita, tapi di lapangan terbang dari jauh dia duduk meja lain, dari jauh dia datang duduk dengan saya dan dia kata Bang Mat kembalilah (kepada PAS). Saya pun kata janji manismu takkan ku percaya lagi,” katanya.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika ucapan penangguhan di Konvensyen AMANAH di Hotel Royale Signature Alor Setar hari ini.

Mat Sabu berkata sepanjang 38 tahun penglibatannya bersama PAS, beliau telah berkhidmat dalam mengumpulkan derma bagi membina markas-markas PAS, namun beliau kecewa kerana premis tersebut kini menjadi tempat untuk “memakinya” pula.

“Bayangkan berapa tahun kita berceramah kalau tak banyak sikit, kita terlibat dalam kutip derma dan beri sumbangan.

“Kalau kita lihat di Shah Alam ada Padang Mat Sabu, dalam google pun dia iktiraf Padang Mat Sabu di seksyen 27. Maknanya banyak kita beri sumbangan. Kalau kita lihat markas PAS, air mata jatuh juga terkenang.

“Betapa tempat itu jadi maki hamun kita terutamanya yang muda, baru kahwin, tak mengenali perjuangan. Yang baru-baru tak kenal siapa (Mat Sabu) dia terus serang.

“Bila sebut AMANAH sebagai ‘PanDAP’ dan DAP sebagai ‘DAPIQ’. Inikah akhlak pendakwah,” kesalnya.


Demikianlah Artikel Takkan Percaya Janji Manis PAS – Mat Sabu

Sekianlah artikel Takkan Percaya Janji Manis PAS – Mat Sabu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Takkan Percaya Janji Manis PAS – Mat Sabu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/takkan-percaya-janji-manis-pas-mat-sabu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :