“Tiada Siapa Beritahu Apa Yang Berlaku”-Penumpang Kesal Reaksi Panik Anak Kapal

“Tiada Siapa Beritahu Apa Yang Berlaku”-Penumpang Kesal Reaksi Panik Anak Kapal - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Tiada Siapa Beritahu Apa Yang Berlaku”-Penumpang Kesal Reaksi Panik Anak Kapal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Tiada Siapa Beritahu Apa Yang Berlaku”-Penumpang Kesal Reaksi Panik Anak Kapal
link : “Tiada Siapa Beritahu Apa Yang Berlaku”-Penumpang Kesal Reaksi Panik Anak Kapal

Baca juga


“Tiada Siapa Beritahu Apa Yang Berlaku”-Penumpang Kesal Reaksi Panik Anak Kapal

Tingkah laku anak kapal dalam penerbangan QZ535 AirAsia selepas pesawat itu menghadapi masalah tekanan udara semalam telah menerima kritikan penumpang.

Menurut sumber ,seorang penumpang berkata insiden yang mencemaskan itu telah menjadi semakin menakutkan dengan reaksi ditunjukkan anak kapal.

“Suasana makin panik dengan tingkah laku anak kapal yang menjerit, ada yang kelihatan menangis dan terkejut.

“Kami memandang mereka untuk jaminan keselamatan tapi jadi lebih bimbang apabila melihat mereka panik,” kata penumpang Clare Askew.

Seorang lagi penumpang memberitahu Nine News, salah seorang kakitangan penerbangan berlari sehingga menyebabkan suasana panik.

“Kami fikir ‘kenapa dia berlari?’ Kemudian topeng udara jatuh dan semua orang mula panik.

“Tiada siapa yang beritahu kami apa yang sedang berlaku,” katanya.

Satu lagi laporan oleh Sky News memetik seorang wanita yang mendakwa suasana lebih panik apabila rakaman dalam penerbangan bukan dalam bahasa Inggeris semasa insiden itu berlaku.

“Ia agak menakutkan. Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku kerana semua rekod dalam pesawat ada dalam semua bahasa tapi bukan bahasa Inggeris,” kata wanita itu.

Agensi berita itu juga memetik seorang budak lelaki yang tidak dinamakan yang mendakwa bahawa dia fikir akan mati dalam penerbangan itu.

Penerbangan QZ535 dari Perth ke Bali terpaksa berpatah balik selepas kira-kira 25 minit berlepas.

Tidak pasti apa yang menyebabkan pesawat itu kehilangan tekanan udara.

-PRU14.TV


Demikianlah Artikel “Tiada Siapa Beritahu Apa Yang Berlaku”-Penumpang Kesal Reaksi Panik Anak Kapal

Sekianlah artikel “Tiada Siapa Beritahu Apa Yang Berlaku”-Penumpang Kesal Reaksi Panik Anak Kapal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Tiada Siapa Beritahu Apa Yang Berlaku”-Penumpang Kesal Reaksi Panik Anak Kapal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/tiada-siapa-beritahu-apa-yang-berlaku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :