Jangan ulangi kesilapan lama...

Jangan ulangi kesilapan lama... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan ulangi kesilapan lama..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan ulangi kesilapan lama...
link : Jangan ulangi kesilapan lama...

Baca juga


Jangan ulangi kesilapan lama...

Siapa sahaja calon yang dipilih Barisan Nasional (BN) bertanding di parlimen Parit Buntar perlu disokong sepenuhnya bagi mengelak kesilapan lampau dimana wakil rakyatnya  tidak mampu menunai tanggungjawab membela nasib rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Kebangsaan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah  berkata, untuk itu pengundi-pengundi perlu menolak calon pembangkang dan memilih calon BN dalam PRU ke14 ini.

``Jangan ulangi lagi kesilapan, jangan lagi kita beri kepercayaan kepada mereka kerana sudah terbukti bahawa mereka tidak mampu untuk melaksana tanggungjawab kerana bukan mewakili kerajaan... macam kita (ini) mewakili kerajaan.

 ``Kawasan ini (Parit Buntar) bukan diwakili BN, ini baru satu kawasan parlimen, ahli Parlimennya  saya kenal dia, pernahkah dia lihat masalah tuan-tuan, tunggu beberapa bulan lagi dia akan cari, pergi ke rumah tuan-tuan kerana apa?  kerana nak undi.

``Walaupun ketua bahagian Parit Buntar dan pemimpin di sini bukan jadi ahli parlimen kawasan ini tapi oleh kerana kita mewakili kerajaan di peringkat Persekutuan setidak-tidaknya saluran bantuan boleh sampai kepada ketua bahagian kita,’’ katanya.

``Saya Ahli  Parlimen di kawasan Lenggong banyak dapat peruntukan sebab itu kalau kita nak juga nikmati ini pastikan kawasan di Parit Buntar selepas ini mesti menjadi milik kerajaan BN.

``Ini bukan sekadar soal nak bagi beras, gula, kopi sahaja tuan-tuan, bukan saja kita nak jalan, lampu dan sebagainya, tapi parti kita nak jaga negara, jaga masa depan rakyat, ini yang kerajaan kita buat,’’ jelasnya.

Shamsul yang juga Pengerusi Biro kebajikan UMNO (BKUM) berkata demikian semasa berucap pada Program UMNO Bantu Rakyat Parlimen Parit Buntar di Kampung Kuala Bagan Tiang, Tanjung Piandang pada Ahad.

Program ini dianggap unik kerana dibuat di pelantar nelayan Kampung Bagan Tiang dengan kehadiran ramai penduduk khususnya kaum nelayan. Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian ParitBuntar, Datuk Abu Bakar Mat Ali.

Mengenai Belanjawan 2018, beliau berkata ia jelas memperlihatkan komitmen penuh dan keseriusan kerajaan pusat hendak membantu rakyat.

Beliau memberikan contoh pemberian BRIM dimana ia terus diberikan untuk membantu rakyat meskipun ada pihak yang menganggapnya rasuah `dedak’ dan sebgainya.

``Kita tak peduli apa orang kata…biar orang kata dedak ke, rasuah ke, tapi yang penting BRIM kena kita teruskan kerana nak bantu rakyat,’’ katanya.

Menurut Shamsul baru-baru ini belanjawan di Singapura  pun memberi bantuan kepada 1.3 juta penduduknya.

``Negara maju pun bagi tapi kita bagi lebih banyak faedah yang selama ini dinikmati rakyat termasuk golongan nelayan,’’ katanya.


Demikianlah Artikel Jangan ulangi kesilapan lama...

Sekianlah artikel Jangan ulangi kesilapan lama... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan ulangi kesilapan lama... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/jangan-ulangi-kesilapan-lama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :