Shafie ‘mengamuk’ dedah beberapa perkara di Parlimen…

Shafie ‘mengamuk’ dedah beberapa perkara di Parlimen… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shafie ‘mengamuk’ dedah beberapa perkara di Parlimen…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shafie ‘mengamuk’ dedah beberapa perkara di Parlimen…
link : Shafie ‘mengamuk’ dedah beberapa perkara di Parlimen…

Baca juga


Shafie ‘mengamuk’ dedah beberapa perkara di Parlimen…

 Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, membuat beberapa pendedahan panas berhubung kemelut yang melanda Sabah yang kononya dikaitkan dengan beliau.

Jelasnya, ‘orang lain yang dapat projek, namun nama beliau yang terpalit secara negatif’.

“Tohmahan kononnya syarikat proksi Shafie Apdal mendapat 20 peratus…”

“Tender dibuka tetapi yang dapat projek anak buah kepada pemimpin lain,” katanya, di Dewan Rakyat hari ini, yang turut menyebut seorang nama pemimpin Umno yang turut menjadi konsultan bagi projek Pan Borneo.

Beliau berkata demikian merujuk kepada projek loji di Sungai Intan, Semporna Sabah.

Justeru katanya, adalah tidak adil menuduh beliau dengan gambaran yang negatif.

Dalam pada itu katanya, ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kabinet, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa prestasi beliau berada pada tahap terbaik.

“Semasa saya menjadi Menteri, PM rakamkan ucapan tahniah, KPI saya berada pada tahap terbaik iaitu 106 peratus.

“Misalnya unjuran jalan hanya 10KM tetapi berjaya dibina 15KM, begitu juga pembinaan rumah PPRT, kami berjaya bina 16 unit, iaitu melebihi 10 unit yang diperuntukkan,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Justeru besar harapannya agar perubahan pemerintahan berlaku pada masa hadapan.

“Saya harapkan agar perubahan kerajaan berlaku pada masa mendatang,” katanya.

Mohd Shafie, yang digantung keahliannya daripada Umno, mengumumkan keluar daripada parti itu pada Julai lalu sebelum menjadi presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diambil alih dan dijenamakan semula.

Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia berkhidmat pada tahun 2009 – 2015.

The post Shafie ‘mengamuk’ dedah beberapa perkara di Parlimen… appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Shafie ‘mengamuk’ dedah beberapa perkara di Parlimen…

Sekianlah artikel Shafie ‘mengamuk’ dedah beberapa perkara di Parlimen… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shafie ‘mengamuk’ dedah beberapa perkara di Parlimen… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/shafie-mengamuk-dedah-beberapa-perkara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :