Remaja Dibogel, Diarak Kerana Salah Abang Sendiri

Remaja Dibogel, Diarak Kerana Salah Abang Sendiri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Remaja Dibogel, Diarak Kerana Salah Abang Sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Remaja Dibogel, Diarak Kerana Salah Abang Sendiri
link : Remaja Dibogel, Diarak Kerana Salah Abang Sendiri

Baca juga


Remaja Dibogel, Diarak Kerana Salah Abang Sendiri


SEORANG remaja perempuan mengalami keadaan ngeri apabila diarak dalam keadaan bogel sebagai pembalasan terhadap perbuatan abangnya yang telah mencalarkan maruah keluarga.

Insiden pelik ini dilaporkan berlaku pada 27 Oktober lalu di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Anehnya yang melakukan kesalahan adalah orang lain tetapi yang dihukum pula orang tidak bersalah lain.

Menurut pihak polis setempat, abang kepada remaja 14 tahun tersebut disyaki penduduk penempatan itu konon telah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita tanpa ikatan perkahwinan sah.

Polis mengesahkan remaja itu sedang mengambil air sebelum didatangi sekumpulan lelaki. Mereka kemudiannya membogelkan mangsa serta memaksanya berjalan dan diarak sekitar kampung selama sejam.

Pihak berkuasa perkampungan yang dikenali sebagai panchayat atau jirga dalam bahasa tempatan dikenal pasti menjatuhkan hukuman itu yang biasanya bertentangan dengan undang-undang negara.

Bagaimanapun arahan pihak berwajib setempat itu sangat dipatuhi oleh penduduk di pinggir bandar berkenaan sejak sekian lama walaupun tidak logik dan memalukan mangsa khasnya wanita.

Mereka juga bahkan menganggap undang-undang rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakistan selama ini sebagai langsung tidak boleh dipercayai.

Disebabkan itu juga, puak ini sering melakukan hukuman pembunuhan terhadap wanita secara beramai-ramai pada setiap tahun atas pelbagai kesalahan moral.

Mereka mempercayai hukuman tersebut sebagai ‘membunuh untuk kehormatan’ yang tujuannya adalah untuk menebus semula maruah aib keluarga yang dilakukan.

Disebabkan kepercayaan itu juga, panchayat atau jirga ini akan menyelesaikan masalah keluarga penduduk berkenaan dengan melakukan tindakan ekstrem.

Insiden ini bukanlah kali pertama berlaku di kawasan perkampungan Pakistan. Remaja itu dibogelkan sebegitu sebagai balasan kerana beranggapan perlakuan abangnya itu tidak senonoh.

Ekoran insiden ini, lapan orang lelaki telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Remaja Dibogel, Diarak Kerana Salah Abang Sendiri

Sekianlah artikel Remaja Dibogel, Diarak Kerana Salah Abang Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Remaja Dibogel, Diarak Kerana Salah Abang Sendiri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/remaja-dibogel-diarak-kerana-salah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :