Tak Kisah Dikritik, Samantha Rela Jadi ‘Gadis Nasi Lemak’

Tak Kisah Dikritik, Samantha Rela Jadi ‘Gadis Nasi Lemak’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak Kisah Dikritik, Samantha Rela Jadi ‘Gadis Nasi Lemak’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak Kisah Dikritik, Samantha Rela Jadi ‘Gadis Nasi Lemak’
link : Tak Kisah Dikritik, Samantha Rela Jadi ‘Gadis Nasi Lemak’

Baca juga


Tak Kisah Dikritik, Samantha Rela Jadi ‘Gadis Nasi Lemak’


BUSANA ‘nasi lemak daun pisang’ hasil rekaan Brian Khoo yang digayakan oleh peserta Miss Universe 2017, Samantha Katie James masih belum habis lagi dikritik.

Pakaian pelik itu juga turut mendapat kritikan daripada pereka fesyen terkenal tempatan, Hatta Dolmat apabila dia menyifatkan rekaan itu seperti ‘terdesak’ walaupun masih terdapat banyak lagi rekaan lain yang boleh diketengahkan.

Sebagai si pemakai busana ‘nasi lemak daun pisang’ itu, Samantha tetap mempertahankan gaun tersebut dan menganggap ianya sangat cantik.

Samantha, 22, menyifatkan bahawa gaun hasil rekaan Brian lain daripada yang lain serta dia juga turut berbangga bakal menggayakan pakaian itu ketika pertandingan yang bakal diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada penghujung bulan ini.

“Saya berbangga dengan busana itu kerana ia rekaan yang sangat kreatif daripada Brian dan kebetulan saya memang meminati hasil kerjanya.

“Siapa terfikir untuk jadikan nasi lemak sebagai inspirasi dalam menghasilkan sehelai gaun yang cantik dan unik,”katanya dipetik daripada mStar Online.


Bagi gadis kelahiran Klang itu, kritikan negatif yang dilemparkan oleh orang ramai mengenai busana itu, sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Dalam masa yang sama, Samantha turut mengakui sejak penularan berkaitan busana ‘pelik’ itu, ianya telah memberikan publisiti meluas kepada pertandingan itu dan dirinya sendiri.

Kesemua komen negatif yang diterima juga tidak diambil pusing kerana baginya cabarang yang bakal dihadapinya nanti dalam pertandingan itu lebih besar daripada apa yang diterimanya sekarang.

“Baik atau buruk sesuatu publisiti itu ia tetap publisiti. Itu adalah hakikatnya.

“Tetapi kita perlu tahu untuk tidak mengendahkan komen tidak membina dan sejujurnya ia tidak menggangu saya pun,” jelasnya ketika ditemui oleh pihak mStar Online ketika majlis tayangan perdana Filem Televisyen(FTV), Wanita Terakhir di GSC Pavilion Kuala Lumpur.


Tambah gadis kacukan Cina dan Brazil itu, dia yakin bahawa gaun ‘nasi lemak daun pisang’ itu akan menjadi perbualan hangat ketika penyertaannya di dalam pertandingan tersebut kerana belum ada lagi mana-mana peserta yang tampil dengan pakaian bertemakan makanan sepertinya.

“Tidak kisah apa orang hendak katakan, saya yakin ia akan menjadi perhatian dan perbualan nanti.

“Paling penting saya selesa menggayakan gaun itu dan kena yakin pada acara itu nanti,” tambahnya lagi.

Dalam diam, rupa-rupanya wanita berkaki panjang itu turut berlakon dalam telefilemWanita Terindah bersama dengan Fazura dan Fattah Amin.

Malah dia tuurt berharap agar selepas tamat pertandingan Miss Universe 2017 itu nanti, dia akan mula bergiat aktif menjadi pelakon dan berniat untuk mengembangkan kariernya hingga ke pasaran Hollywood.



“Wanita Terindah sebenarnya filem ketiga lakonan saya selepas Kastil Tua bersama Josiah Hogan dan sebuah filem berbahasa Mandarin untuk pasaran negara China.

“Saya suka cuba sesuatu yang baharu dan pengalaman berlakon dalam FTV ini adalah pengalaman yang baik untuk saya,” ujar pelakon utama filem seram Kastil Tua yang ditayangkan pada 2015 yang lalu itu.

Semoga dengan kritikan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh orang ramai dapat menguatkan lagi semangat Samantha untuk bergelar juara dalam pertaningan Miss Universe 2017 nanti. – MYNEWSHB.CC/ AH
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tak Kisah Dikritik, Samantha Rela Jadi ‘Gadis Nasi Lemak’

Sekianlah artikel Tak Kisah Dikritik, Samantha Rela Jadi ‘Gadis Nasi Lemak’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak Kisah Dikritik, Samantha Rela Jadi ‘Gadis Nasi Lemak’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/tak-kisah-dikritik-samantha-rela-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :