link : Teguk Racun Stres Hutang Belajar
Teguk Racun Stres Hutang Belajar
WANITA bertindak meneguk racun rumpai di rumahnya di Simpang Durian, Jelebu.
Ketua Polis Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita berusia 44 tahun melakukan sedemikian pada kira-kira 1 tengah hari, semalam.
Katanya, kejadian disedari anak lelaki wanita itu berusia 11 tahun sebaik mendapati ibunya terbaring berhampiran stor dalam keadaan mulut berbuih.
“Sehubungan itu, anak wanita itu memberitahu neneknya mengenai kejadian itu. Wanita itu kemudian menghubungi menantunya,” katanya.
Kamarul Rizal berkata, suami wanita terbabit yang berada di Kuala Pilah pulang ke rumah dan membawa isterinya ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
“Berdasarkan siasatan, wanita ini dikatakan kemurungan di samping tertekan selepas diminta menjelaskan hutang pengajian. Dia kini dalam keadaan stabil,” katanya. – myMetro Online
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Teguk Racun Stres Hutang Belajar
Sekianlah artikel Teguk Racun Stres Hutang Belajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Teguk Racun Stres Hutang Belajar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/teguk-racun-stres-hutang-belajar.html