Wanita Berusia 20-an Dakwa Lahirkan Zuriat Pelakon

Wanita Berusia 20-an Dakwa Lahirkan Zuriat Pelakon - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Berusia 20-an Dakwa Lahirkan Zuriat Pelakon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Berusia 20-an Dakwa Lahirkan Zuriat Pelakon
link : Wanita Berusia 20-an Dakwa Lahirkan Zuriat Pelakon

Baca juga


Wanita Berusia 20-an Dakwa Lahirkan Zuriat Pelakon

Menerusi laporan mStar online, seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa seorang pelakon lelaki bersikap lepas tangan selepas menghamilkan dirinya sehingga melahirkan seorang zuriat.

Wanita berkenaan berkata dia dan aktor itu pernah menjalin cinta kira-kira empat tahun lalu. Malah lelaki itu pernah datang dan bermalam di rumah keluarganya. Bagaimanapun hubungan cinta mereka selepas itu putus sehingga mereka bertemu kembali awal tahun ini.

“Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur,”katanya.

Wanita itu mendakwa, selepas kejadian tersebut, pelakon berkenaan menghilangkan diri sehingga dia menyedari sedang hamil tiga bulan.
Katanya, dia cuba menghubungi pelakon itu dengan pelbagai cara, namun gagal.

“Saya beritahu dia saya sedang hamil tapi dia hanya baca mesej dan tidak menjawabnya. Tetapi kekasihnya pula menyerang saya dan bertanya apa hubungan kami.

“Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA (ujian asid deoksiribonukleik) sama ada bayi ini anak dia atau bukan,” katanya.

Sementara itu, wanita berkenaan berkata, jika pelakon drama itu tidak mahu bertanggungjawab sekalipun, dia sepatutnya membayar kos pemeriksaan kandungan itu sepanjang sembilan bulan dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

“Saya tidak mahu apa pun, saya tidak berniat nak suruh dia jaga bayi ini atau kahwin dengan dia. Saya mahu dia bertanggungjawab sedikit, sekurang-kurangnya bayar bil pemeriksaan kandungan saya di hospital swasta.

“Sepanjang sembilan bulan itu saya terpaksa ke hospital swasta kerana berasa malu,” ujarnya.

Dalam pada itu, wanita tersebut berkata, dia sudah menguruskan pendaftaran bayi berkenaan dan akan menjaga anak tersebut dengan baik.

“Saya bersyukur ibu-bapa saya dapat menerima saya dan bayi ini dengan baik. Cuma sehingga kini saya simpan rahsia siapa bapa kepada bayi ini, biarlah saya sahaja yang tahu,” katanya.

Sehubungan itu wanita tersebut merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai ini menghubunginya segera untuk menyelesaikan kes mereka secara baik.

The post Wanita Berusia 20-an Dakwa Lahirkan Zuriat Pelakon appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Wanita Berusia 20-an Dakwa Lahirkan Zuriat Pelakon

Sekianlah artikel Wanita Berusia 20-an Dakwa Lahirkan Zuriat Pelakon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Berusia 20-an Dakwa Lahirkan Zuriat Pelakon dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/wanita-berusia-20-dakwa-lahirkan-zuriat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :