link : Belum temui pengganti Sunday, Dong-hyun
Belum temui pengganti Sunday, Dong-hyun
PENGENDALI UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail mengakui berdepan kesukaran mencari pemain import berkualiti selepas kehilangan dua tonggak musim lalu Akanni Sunday dan Do Dong-hyun.
Walaupun sudah menguji beberapa pemain import dari Brazil, Tajikistan dan Nigeria namun katanya, beliau masih belum menemui pemain berkualiti untuk mengisi kekosongan itu.
“Saya masih belum berpuas hati dengan beberapa pemain yang hadir untuk menawarkan khidmat mereka kerana kesemuanya tidak menepati taktikal yang ingin saya terapkan.
“Walaupun bajet kecil, tapi kami tetap harapkan kualiti dan kelebihan tertentu yang sesuai dengan corak permainan pantas.
“Saya amat berharap dengan tempoh masa yang masih ada ini kami dapat mencari pengganti yang bersesuaian dengan apa yang ingin diterapkan dalam pasukan,” katanya.
Dong-hyun sudah sah mengikat kontrak bersama Kelantan musim depan manakala Sunday dikatakan masih dalam rundingan dengan beberapa pasukan Liga Super termasuk Selangor.
Menurutnya, setakat ini, dua dari empat kuota pemain import sudah dilengkapkan skuad The Lion Troops selepas mengikat pemain pertahanan baharu dari Cameroon selain turut mengekalkan khidmat pemain tengah musim lalu, Dechi Marcel N’Guessan.
The post Belum temui pengganti Sunday, Dong-hyun appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Belum temui pengganti Sunday, Dong-hyun
Anda sekarang membaca artikel Belum temui pengganti Sunday, Dong-hyun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/belum-temui-pengganti-sunday-dong-hyun.html