Cadang Mahathir Sebagai PM Seperti Budu Berulat

Cadang Mahathir Sebagai PM Seperti Budu Berulat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cadang Mahathir Sebagai PM Seperti Budu Berulat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cadang Mahathir Sebagai PM Seperti Budu Berulat
link : Cadang Mahathir Sebagai PM Seperti Budu Berulat

Baca juga


Cadang Mahathir Sebagai PM Seperti Budu Berulat

PAS menyifatkan Pakatan Harapan yang didalangi DAP sebagai ketandusan calon berkaliber apabila mencadangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pakatan Harapan sepatutnya melihat ke hadapan dalam soal tersebut dengan mencalonkan individu lain yang lebih layak bukannya mengangkat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) itu sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

Katanya, zaman Dr. Mahathir sudah lama berlalu walaupun bekas Perdana Menteri itu mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan tersendiri.

“Dalam ramai-ramai ahli Pakatan Harapan, takkan tiada calon lain yang lebih layak untuk diangkat (sebagai Perdana Menteri). nampak sangat pakatan ini tiada calon.

“Kita akui Dr. Mahathir mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan, namun masanya sudah berlalu,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Sebelum ini, Pakatan Harapan secara rasminya mencadangkan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri manakala Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.

Difahamkan cadangan tersebut dibuat ketika pemimpin Pakatan Harapan mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya pada Jumaat lalu dan kini didakwa sedang menunggu kelulusan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun pengumuman itu mendapat bantahan daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua yang enggan menerimanya sebagai keputusan muktamad.


Demikianlah Artikel Cadang Mahathir Sebagai PM Seperti Budu Berulat

Sekianlah artikel Cadang Mahathir Sebagai PM Seperti Budu Berulat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cadang Mahathir Sebagai PM Seperti Budu Berulat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/cadang-mahathir-sebagai-pm-seperti-budu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :