Faiz Roslan Tolak Tawaran Berlakon

Faiz Roslan Tolak Tawaran Berlakon - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Faiz Roslan Tolak Tawaran Berlakon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Faiz Roslan Tolak Tawaran Berlakon
link : Faiz Roslan Tolak Tawaran Berlakon

Baca juga


Faiz Roslan Tolak Tawaran Berlakon

Personaliti media sosial, Faiz Roslan memberitahu banyak menerima tawaran berlakon namun memilih untuk menolaknya buat masa ini.

Jelas Faiz, 17, dia terpaksa menolak tawaran diberikan kerana merasakan belum bersedia untuk bergelar pelakon kerana tiada pengalaman dalam bidang itu.

“Alhamdulillah bukan sahaja dapat tawaran berlakon tetapi buat program dan iklan namun saya tolak kerana belum bersedia.

“Belum cukup ilmu lagi tambahan pula saya tidak mempunyai pengalaman,” katanya.

Faiz ditemui ketika menghadiri Anugerah Instafamous 2017 anjuran Hurr.TV yang diadakan di Menara Suezcap di sini, Sabtu.

Personaliti media sosial itu turut membawa pulang trofi menerusi kategori Paling LOL mengalahkan calon lain seperti Faizdickie, Ucop, Chazzynash dan Kyopropganda.

Dalam pada itu, Faiz yang baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini berkata, dia tidak berhasrat untuk melibatkan diri dalam bidang seni secara serius buat masa ini.

Sebaliknya katanya, dia mahu menyambung pelajaran dalam bidang fesyen atau pun teater dan lakonan kerana dua bidang itu adalah minatnya.

“Pelajaran tetap fokus utama sebelum perkara lain dan pada saya penting untuk ada ilmu dalam bidang yang kita minati.

“Kalau tak fesyen, saya mahu belajar dalam bidang teater dan lakonan. Harap-harap hasrat saya itu dapat dilaksanakan,” jelasnya.

Mengulas mengenai kemenangannya menerusi kategori Paling LOL, Faiz berkata, dia tidak menyangka dapat memenangi trofi itu kerana calon lain mempunyai kelebihan masing-masing.

Namun katanya lagi, dia berbangga dengan kemenangan itu kerana ia bukti apa dilakukannya dapat diterima ramai.

“Tidak sia-sia usaha saya selama ini. Pada semua ‘haters’ jaga-jaga… hahaha,” katanya.

Pada acara itu, sebanyak sembilan kategori dipertandingkan bagi memberi pengiktirafan kepada personaliti media sosial yang menjadi tumpuan ramai.

Antara kategori dipertandingkan adalah Paling Layan, Paling Kaching, Paling Cantik dan Paling Ohsem.

Anugerah Instafamous turut menghargai sembilan selebriti yang sentiasa memberi inspirasi dan memberi kesan kepada peminat dan orang ramai.

Antara yang menerima anugerah adalah Alvin Chong, Syafiq Kyle, Zizan Razak dan Neelofa.

The post Faiz Roslan Tolak Tawaran Berlakon appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Faiz Roslan Tolak Tawaran Berlakon

Sekianlah artikel Faiz Roslan Tolak Tawaran Berlakon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Faiz Roslan Tolak Tawaran Berlakon dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/faiz-roslan-tolak-tawaran-berlakon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :