link : ISU FITNAH KHALWAT DI PAU, PUTERI LAPOR POLIS...JAWAB LAH
ISU FITNAH KHALWAT DI PAU, PUTERI LAPOR POLIS...JAWAB LAH
Pergerakan Puteri UMNO hari ini membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, susulan kenyataan berbaur fitnah yang dipercayai dibuat bekas ahli pergerakan sayap itu iaitu Wan Asshima Kamaruddin.
Menurut Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah, dakwaan yang dibuat oleh bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri UMNO Bahagian Klang itu jelas berbentuk fitnah bertujuan untuk merosakkan imej parti.
“Memang tidak berlaku insiden seperti yang didakwanya, saya sendiri tidak tahu di mana dia dapat idea untuk membuat kenyataan seperti itu.
“Malah, dia hanya pernah sekali sahaja menghadiri perhimpunan, iaitu pada tahun 2015.
“Ia satu kenyataan yang amat melampau, yang memberi persepsi negatif seterusnya menjejaskan kepercayaan rakyat, khususnya keluarga ahli parti yang terbabit dalam perhimpunan,” katanya kepada media ketika ditemui di IPD Dang Wangi, hari ini.
Minggu lepas, Wan Asshima telah membuat dakwaan bahawa setiap kali Perhimpunan Agung Umno banyak berlaku pasangan yang berkhalwat .
Beliau membuat dakwaan itu kononnya berdasarkan pengetahuannya selama 17 tahun pernah bersama parti itu. Dakwaan terbabit dibuat dalam portal Harakah Daily namun ia kemudiannya telah dipadamkan oleh portal terbabit.
Wan Asshima juga mencabar pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat operasi besar-besaran bagi menangkap pasangan khalwat.
Haryaty berkata, laporan dibuat supaya tindakan tegas dapat diambil memandangkan ini bukan kali pertama individu berkenaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
“Kita akan tunggu siasatan pihak polis, jika ada alasan yang kukuh, kita tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya.

Demikianlah Artikel ISU FITNAH KHALWAT DI PAU, PUTERI LAPOR POLIS...JAWAB LAH
Sekianlah artikel ISU FITNAH KHALWAT DI PAU, PUTERI LAPOR POLIS...JAWAB LAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ISU FITNAH KHALWAT DI PAU, PUTERI LAPOR POLIS...JAWAB LAH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/isu-fitnah-khalwat-di-pau-puteri-lapor.html