KENAPA DAP TIDAK PECAT ZAID DERHAKA?

KENAPA DAP TIDAK PECAT ZAID DERHAKA? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KENAPA DAP TIDAK PECAT ZAID DERHAKA?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KENAPA DAP TIDAK PECAT ZAID DERHAKA?
link : KENAPA DAP TIDAK PECAT ZAID DERHAKA?

Baca juga


KENAPA DAP TIDAK PECAT ZAID DERHAKA?

Sehari dua ini, kemarahan orang ramai khususnya di Selangor bertumpu kepada Dato’ Zaid Ibrahim atas tindakan membuat kenyataan yang biadap terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di akaun twitternya.

Mengikut laporan media, laporan polis telah pun dibuat dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihak PDRM akan menyiasat tentang kebiadapan ahli DAP tersebut.

Dari sudut perundangan dan rukunegara, segalanya teratur termasuk berhubung tindakan wajar terhadap seorang yang dilihat “penderhaka”. Bagi kita pula, sewajarnya memberikan ruang kepada pihak polis untuk menyiasat kes berkenaan.

Namun begitu, dari sudut politik, sebagaimana yang kita maklum, Zaid merupakan seorang ahli DAP. Penyertaan Zaid ke dalam DAP sebelum ini begitu diraikan oleh parti itu sehingga sanggup menganjurkan sidang media buatnya. Malah ‘negarawan ulung’ pun hadir!

Sehingga artikel ini ditulis, penulis tidak melihat sebarang kenyataan yang dikeluarkan DAP berhubung tindakan biadap Zaid itu. Jangankan tindakan disiplin, kenyataan merujuk kepada kenyataan derhaka Zaid pun tidak ada?

Apakah DAP sebenarnya bersetuju dengan kenyataan Zaid terhadap Sultan Selangor? Apakah parti yang dikatakan Tun M sebagai tebal dengan sifat ‘chauvinis ultra kiasu’ itu sangat sayangkan Zaid sehingga sanggup mengenepikan kepentingan Sultan Selangor?

Perlu diingat bahawa di depan Sultan Selangor itulah yang mereka angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk dua penggal sejurus selepas Pilihan Raya Umum yang berlangsung pada 2008 dan 2013. Apakah ikrar mereka di depan baginda ketika itu? Lupa?

Pada pandangan penulis, DAP tidak wajar sama sekali membiarkan Zaid terus bernaung di dalam DAP. Sekiranya DAP benar-benar menghormati institusi Kesultanan dan Raja-Raja Melayu di negara ini, parti itu perlu segera bertindak mengambil tindakan disiplin.

Zaid sebelum ini pernah bersama UMNO. Penulis yakin, sekiranya Zaid kini masih bersama UMNO, maka sudah tentu UMNO akan memecat Zaid berkuatkuasa serta merta. Pada penulis, kenyataan derhaka Zaid itu langsung tidak dapat diterima!

Sekiranya diteliti puncanya, maka kita akan dapati bahawa ia bermula dengan nama seorang yang dikatakan ‘negarawan ulung’. Susulan dari titah murka Sultan Selangor terhadap ‘diktator’ tersebut, kononnya Zaid cuba membela warga emas yang dilanda masalah ‘lupa’ itu?

Gara-gara warga emas ‘ mudah lupa’ itulah maka Zaid menderhaka kepada Sultan Selangor. Sudahlah tidak memohon ampun kepada Sultan Selangor atas keceluparannya, dia pula jadi penyebab kepada penderhakaan orang lain?

Justeru itu, penulis mencabar DAP supaya menyatakan pendirian mereka berhubung perkara ini. Mana tahu, mungkin juga merekalah yang ‘meracun’ minda dan mengapi-apikan Zaid sehingga sanggup menjadi Melayu yang derhaka kepada Sultan, bukan?

Sekiranya DAP tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ahlinya yang derhaka itu, maka tahulah kita apa agenda dan pandangan sebenar parti berkenaan terhadap institusi DiRaja Melayu di negara ini. Setidak-tidaknya, apa yang diperkatakan selama ini semakin jelas, bukan?

Soalnya, apakah DAP anti-kesultanan Melayu? Jika DAP nafikan persoalan yang telah lama menjadi bualan ini, parti itu perlu buktikan. Titik.


Demikianlah Artikel KENAPA DAP TIDAK PECAT ZAID DERHAKA?

Sekianlah artikel KENAPA DAP TIDAK PECAT ZAID DERHAKA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KENAPA DAP TIDAK PECAT ZAID DERHAKA? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/kenapa-dap-tidak-pecat-zaid-derhaka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :