link : Meghan Trainor umum pertunangan
Meghan Trainor umum pertunangan
PENYANYI, Meghan Trainor, 24 tahun mengumumkan pertunangannya bersama pelakon filem Spy Kids, Daryl Sabara, 25 tahun lapor E New!
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘All About That Bass’ mengumumkan berita itu menerusi laman Instragram miliknya.
Momen pertunangan mereka lebih istimewa apabila Sabara melamar tersebut semasa hari lahir Trainor.
“Saya kata ya! Untuk hari lahir saya yang ke 24 ini, cinta hati saya membuatkan semua impian saya jadi kenyataan.
“Dia melamar saya di dalam terowong yang dipenuhi dengan lampu krismas serta dengan kehadiran ahli keluarga dan teman rapat.
“Saya masih terkejut dan berasa sangat gembira! Terima kasih Daryl dan lain-lain kerana membuatkan saya rasa seperti seorang puteri,” tulisnya.
Pasangan tersebut, mula berpacaran sejak Julai 2016.
The post Meghan Trainor umum pertunangan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Meghan Trainor umum pertunangan
Anda sekarang membaca artikel Meghan Trainor umum pertunangan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/meghan-trainor-umum-pertunangan.html